PROSES PEMBUATAN BAJA KOMPOS
Kali ni nak agresif sket sentiase share apa yg saya buat untuk dapatkan income. Ni Proses Pembuatan baja yg saya nak share,kebiasaan nya penternak jualkan tinja pure je 1 guni RM3,saya kat sini jual pure dalam guni 25kg tu RM4. Berat dalam 10kg je..Memang laku sebab susah orang ramai nak dapatkan tinja puyuh ni. Tabur terus pada pokok pun OK..kebanyakkan nya pakai macam tu je cuma saya perhatikan utk pokok sawit tak ok la. Pokok cili lak boleh tabur direct tapi kena kurangkan sebab nanti terlalu panas daun gugur..Saya dah praktikkan..Dah proses tu lain la.Sebab tu dlm gambar saya letak cili padi..sesuai utk pokok yang ditanam menggunakan media tanah sahaja,kalau gunakan sabut kelapa(cocopeat) @ sekam padi tak sesuai gunakan baja ni...memang ada baja nya sendiri kan baja AB.
-1.png)
 |
|
Ni contoh packaging yg saya gunakan,mula2 je bersusah payah nak design sendiri label tapi lepas tu print kan je.Dulu terpikir nak buat label tampal tapi bila tengok kat market ramai je yg buat simple selitkan je plastik lapik double so follow ladorang,market dorang pun dah merata gi...
Gambar kat bawah ni proses pengeringan baja yang dah dihasilkan,biarkan jela tak kisah berapa lama cuma cuaca jela tak menentu..
Tak sempat nak snap gambar dalam keadaan tengah bancuh baja,bancuhan ni sebenarnya bukan keperluan,tempat saya berkursus just siram EM gaulkan then packing.Tapi campuran 4% EM ni memang ramuan akan basah..Jadi kena biarkan jemur dulu baru packing.
Kandungan ;
(Tinja Puyuh lebih baik dari Tinja Ayam. Perlu dikeringkan dalam 3 hari minima,kemudian ditapis,yang kasar,kerak2 tinja tu dibuat bakar je.Kalau gunakan tinja dari rak jaring puyuh biasanya diproses terus,cuma yg mana dari reban lantai kne ditapis)
(EM yg dah diproses jadi EMAS bukannya pure EM, gaulkan semua ramuan & dibiarkan kering macam dalam gambar)
( Ni kapur pertanian dari gunung berapi,dijual RM25/25kg)
- Abu / Sisa Pembakaran = 5%
(Biasanya tapis dulu tahi puyuh,yang mana kasar jemur & bakar macam gambar bawah ni..tinja ni bila dibakar biasanya akan terbakar selama 2-3 hari,jadi kita cuma kena terbalik2 kan bagi sekata pembakaran,endingnya bila jadi serbuk akan terpadam sendiri..biarkan beberapa hari,sebab still panas lagi. Gunakan penapis sebab kita nak yang halus sahaja.)
Proses nak dapatkan abu tinja ni leceh sebab tempat pembakaran ni biasanya akan sentiasa digunakan,jadi bila kita nak buat proses tapisan kena stop pembakaran 2 hari sebelum,pastikan tinja pun dah habis terbakar,susah kalo masa tapis tu ada yg panas lagi.Biasanya kalo saya buat alang2 saya akan penuhkan 1 guni 50kg. Kita nak pakai sikit je abu ni dalam 5% je yang lain disimpan dulu..
Untuk tadahan tinja jenis rak ni nak senang kelolakan tabur je kapur Zeolite selepas 2-3 hari jadi tinja tu kering masa nak di alihkan hari ke-5 biasanya.jadi masa campuran ramuan tak payah pakai lagi kapur zeolite..Tapi kena pastikan la dah tabur dalam 10%. Mula2 payah la nak agak2 ni.
Kena paham Zeolite ni peranannya meneutralkan asid dalam tanah..