Wednesday, 28 May 2014

CARA PROSES BAJA PUYUH / AYAM


PROSES PEMBUATAN BAJA KOMPOS

    Kali ni nak agresif sket sentiase share apa yg saya buat untuk dapatkan income. Ni Proses Pembuatan baja yg saya nak share,kebiasaan nya penternak jualkan tinja pure je 1 guni RM3,saya kat sini jual pure dalam guni 25kg tu RM4. Berat dalam 10kg je..Memang laku sebab susah orang ramai nak dapatkan tinja puyuh ni. Tabur terus pada pokok pun OK..kebanyakkan nya pakai macam tu je cuma saya perhatikan utk pokok sawit tak ok la. Pokok cili lak boleh tabur direct tapi kena kurangkan sebab nanti terlalu panas daun gugur..Saya dah praktikkan..Dah proses tu lain la.Sebab tu dlm gambar saya letak cili padi..sesuai utk pokok yang ditanam menggunakan media tanah sahaja,kalau gunakan sabut kelapa(cocopeat) @ sekam padi tak sesuai gunakan baja ni...memang ada baja nya sendiri kan baja AB.



Ni contoh packaging yg saya gunakan,mula2 je bersusah payah nak design sendiri label tapi lepas tu print kan je.Dulu terpikir nak buat label tampal tapi bila tengok kat market ramai je yg buat simple selitkan je plastik lapik double so follow ladorang,market dorang pun dah merata gi...
Gambar kat bawah ni proses pengeringan baja yang dah dihasilkan,biarkan jela tak kisah berapa lama cuma cuaca jela tak menentu..








 Tak sempat nak snap gambar dalam keadaan tengah bancuh baja,bancuhan ni sebenarnya bukan keperluan,tempat saya berkursus just siram EM gaulkan then packing.Tapi campuran 4% EM ni memang ramuan akan basah..Jadi kena biarkan jemur dulu baru packing.



Kandungan ;

  • Tinja Puyuh = 81% 

(Tinja Puyuh lebih baik dari Tinja Ayam. Perlu dikeringkan dalam 3 hari minima,kemudian ditapis,yang kasar,kerak2 tinja tu dibuat bakar je.Kalau gunakan tinja dari rak jaring puyuh biasanya diproses terus,cuma yg mana dari reban lantai kne ditapis)

  • EM = 4%
(EM yg dah diproses jadi EMAS bukannya pure EM, gaulkan semua ramuan & dibiarkan kering macam dalam gambar) 

  • Zeolite = 10% 

( Ni kapur pertanian dari gunung berapi,dijual RM25/25kg)

  •  Abu / Sisa Pembakaran = 5% 

(Biasanya tapis dulu tahi puyuh,yang mana kasar jemur & bakar macam gambar bawah ni..tinja ni bila dibakar biasanya akan terbakar selama 2-3 hari,jadi kita cuma kena terbalik2 kan bagi sekata pembakaran,endingnya bila jadi serbuk akan terpadam sendiri..biarkan beberapa hari,sebab still panas lagi. Gunakan penapis sebab kita nak yang halus sahaja.)



    Proses nak dapatkan abu tinja ni leceh sebab tempat pembakaran ni biasanya akan sentiasa digunakan,jadi bila kita nak buat proses tapisan kena stop pembakaran 2 hari sebelum,pastikan tinja pun dah habis  terbakar,susah kalo masa tapis tu ada yg panas lagi.Biasanya kalo saya buat alang2 saya akan penuhkan 1 guni 50kg. Kita nak pakai sikit je abu ni dalam 5% je yang lain disimpan dulu..



    Untuk tadahan tinja jenis rak ni nak senang kelolakan tabur je kapur Zeolite selepas 2-3 hari jadi tinja tu kering masa nak di alihkan hari ke-5 biasanya.jadi masa campuran ramuan tak payah pakai lagi kapur zeolite..Tapi kena pastikan la dah tabur dalam 10%. Mula2 payah la nak agak2 ni.
Kena paham Zeolite ni peranannya meneutralkan asid dalam tanah..






MINAT BERCUCUK TANAM FERTIGASI


MACAM MANA BOLEH MINAT?

      Sebelum mulakan project menternak puyuh ada la beberapa kali ikut family datang kebun kat Kapar Klang..menang tanah sana kosong lepas diratakan cuma tanam benda2 yg senang hidup macam pokok mangga,serai..then adalah tanam timun & kacang botol...1minggu 1x dtg cuma siram dgn air longkang je sebab sini takde bekalan air & letrik. Tapi macam tu pun byk gak hasil nya..tanam &biar..
 2 tahun gakla tanah ni diusahakan secara berulang alik 1minggu 1x datang.Dengan tanah yg keras (tanah tambak),cuaca panas & tak bersiram tapi banyak hasilnya..
 Utk serai lak kite tanam & biar,selepas 6bln dapat hasil..waktu ni 2009 so masa tu popular sgt Serai wangi,tapi kami tanam serai paha ayam,besar sikit saiznya..RM1.80 per kg jual kat peniaga. Tp agak tak berbaloi sebenarnya buat keje kelolakan serai 3org,bawak balik Ampang budak2 tolong lagi,endingnya dpt 30 kg sekali tuai dptla RM50..paling banyak pun dpt RM80.Penatnya seharian buat keje...juz tolong2 fmily jela tp kalo nk bt income rsenya xok...sambil2 okla...
 yg ni pokok kekacang yg tanam subur kat sini..kalo ikutkan memang pelik sebab panas sgt cuaca tepi laut ni...tp rezeki Allah bagi kan,ulat dalam batu pun boleh idup...

 Masa ni 1st time tgk pokok timun,besar lak tu buahnya...
Bayangkan ye beli pokok mangga ni RM16 ni yg tinggi sikitla..yg RM10 tu mcm susah sket nak survive..Beli dalam 3-5 bulan dah kuar hasil.Dalam 2thn banyak betul hasilnya....nak tak nak je kite makan nti..Pejam celik kalo kite dok kat KL tu 3-4tahun sbnrnya dah besar la pokok yg kite tanam tp tu la KL takde tanah kan utk diusahakan...Rugi la kat situ..
    So terfikir la kan kalo dulu boleh je pokok2 ni idup subur ni kan lak bila kite dah dok usahakan tanah utk ternakan kat sini then tinja puyuh & ayam tu boleh jadi baja..Tgk la gmbr kat bawah ni bila dah dok Kapar then taburkan baja dari tinja je..memang hidup subur Roselle & Bendi F1 Hybrid ni...bendi jenis panjang2...puas ati makan...masa ni terbiar je Roselle & bendi,tak larat dah nak layan hasilnya...buat Kordial pun dah tak minum...Yg tua2 jadikan benih je..
















































HOBI BARU - FERTIGASI

2014 - PERMULAAN FERTIGASI DI 'RASA PUYUH ENT.'

     Bermula 1hb 1 2014 cuti umum so barang2 dah standby utk memulakan sesuatu yg saya tak pernah cuba pun sebelum ni..
Terfikir selama ni tanah yg ada rugi la kalau tak diusahakan ..Nak dibesarkan lagi ternakan kos nya terlalu tinggi..Even nak tambah 100 ekor ayam kacuk pun cost dah RM800. Tu untuk 1batch rolling belum lagi cost fasiliti nak besarkan reban.
So adalah study sket psl fertigasi,search kwn2 fb yg buat.. Saya jumpa pakej paling murah utk start set fertigasi dalam fb ROMATECH AGRO   RM150 untuk 20 pokok permulaan..
Macam gambar dibawah ni kecuali bekas air hijau tu.
 Saya start dengan beli barang loose je..untuk 40 pokok...sebab ada barang2 yg saya dah beli sebelum tu kat tempat lain.Set basic ni yg payah sangat nak dpt kat kedai2 lain sebenarnya Set baja AB ni..Dalam entry akan dtg saya ceritakan macam mana keadaan pokok bila saya kehabisan stock baja AB..
Bezanya fertigasi ni siraman pokok automatik,kita kena set kan paling tidak 5x siram sehari.Berapa lama siram bgantung pada usia tanaman..paling kurang 5minit sekali siram.

Atas ni gambar permulaan 40 bag yg saya buat, Mulakan dengan tanam timun,bendi & cili padi.
Bayangkan la ye semua ni cite 1hb 1 awal tahun kan dah nak masuk bulan 6 baru nak update blog..Sekarang pun pokok yg masih kuar hasil batch permulaan ni cuma cili la..yang lain semua nya short term je..juz 1-3 bulan hasil.

Sunday, 25 May 2014

ASSALAMUALAIKUM....

 

   Lama betul tinggalkan blog...last update Sept 2013 tu pun 2 entry je,March 1..Total 3 entry je 2013..

7bulan dah berlalu..tu pun sebelum update tu dah lama gak tinggalkan...

dah lama rasa nak aktif balik tp tahla macam2 je alasan nya...

silap sendiri..

Kali ni nak try update blog slalo...walaupun banyak gambar je takpela..

banyak ilmu nk share sebenarnya...