AYAM TANPA KEPALA
REFER FROM MELAYUKINI.NET
Pelik! Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala | Ini bukanlah satu cerita rekaan tetapi kisah benar di mana seekor ayam pelik mampu hidup selama 18 bulan tanpa kepala. Ganjil bukan? Mustahil bagi sesuatu makhluk itu hidup tanpa organ atau tubuh badan yang mencukupi tambah-tambah pulak anggota badan yang hilang tu adalah kepala! Untuk pengetahuan pembaca Melayukini.net, kejadian ayam tanpa kepala ini bermula pada 10 September 1945 atas kesilapan tuannya yang telah melakukan penyembelihan. Berkemungkin pada ketika itu ayam pelik tersebut mempunyai otak di bahagian bawah leher tetapi tidak di bahagian kepala. Sungguh luar biasa! Jom kita tengok gambar ayam pelik tersebut.
Seekor ayam jantan yang
diberi gelaran Mike dilaporkan pernah hidup selama 18 bulan tanpa
kepala. Kisahnya bermula pada tahun 1945 apabila pasangan petani di
Fruita, Colorado berniat menyembelih beberapa ekor ternakan mereka.
Mereka kemudiannya mengapak Mike seperti yang dilakukan kepada ayam lain.
Selepas itu, Mike bangun seperti tiada apa yang berlaku.
Jadi, bagaimana Mike mampu
bertahan? Saintis telah memeriksa dan mendapati bahawa Mike tidak 'dimatikan'
dengan sempurna. Sebahagian besar bahagian kepala telah berpisah daripada badan
tetapi sebenarnya sebelah telinga masih bersambung. Hayunan kapak terlepas urat
merih dan darah membeku menghalang pendarahan berterusan yang boleh
menyebabkannya mati. Bahagian otak yang mengawal kebanyakan tindak balas reflek
Mike juga sebahagian besarnya tidak terjejas. Pahamkan je lah penerangan ni
ye.
| Gambar beg pakaian yang mengandungi alat untuk membantu Mike makan termasuk penitis mata yang digunakan untuk menyalurkan makanan melalui lubang di atas badannya, di mana kepala Mike sepatutnya berada. |
![]() |
| Mike diberi makan melalui penitis mata yang terus masuk ke dalam esofagusnya. |
![]() |
| Hope Wade, seorang penganjur yang mengenakan bayaran kepada orang ramai yang ingin menyaksikan Mike. |
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment