Wednesday, 27 June 2012

SUATU KETIKA DAHULU


   Pada penghujung 2010 waktu tu saya tinggal di Gemencheh disebabkan hal2 tertentu duduk di rumah pusaka yg dah bertahun2 terbiar,balik pun cuma raya je..Dengan keadaan sekitar yg jauh dari rumah org lain,rumah yg ada pun byk terbiar je...So masa tu mula tercari2 apa patut buat sementara dok kampung ni.. macam2 idea kuar then terbaca blog MARIA FIRDAUS - USAHAWAN AYAM DAGING ...Mmg respek dgn abg Firdaus and mmg aggp dia ni idola dlm bidang ayam daging ni..Susah nak cari Usahawan yg Beriman...Skng dah hampir 3tahun dok ikut blog abg Firdaus.. Bygkan dari seorang Engineer blajar kuar negara pilih utk ternak ayam and skng dia dah berjaya  + makin kaya..so apatah lagi kalo kite ni just ada diploma and mharap makan gaji je...bila nak senang?increment 1thn tak sampai RM100 pun.. So kepada kawan2 di luar try la cari sesuatu utk diusahakan...Standard la 2-3thn pertama akan susah sgt2 tapi bukan selamanya kite akan susah...bisnes pun makin lama makin berkembang bukannya makin kecik..Kos sara hidup makin tinggi nak mharapkan gaji semata2 mmg takdela..

   So berbalik kepada tajuk...dah jauh lari ni..dulu dok kampung mula menternak puyuh 100 ekor + ayam kampung kacuk 'botak' 50 ekor..Tujuan nak study dulu sebelum tambah lagi..nak kena belajar dulu cara ternak,penyakit dll..Gambar kat atas ni kat Pasar Ahad Temerloh..Popular sbnrnya..Survey puyuh dgn ayam daging tapi ayam daging takde pulak..Dari Temerloh ke Gemencheh kompom banyak yg mati nanti so xpela cari kat Tampin la nti..tp Tampin takde jugak..Endingnya beli jugakla ayam botak..xpela kalo 2-3 bulan gak kena bela nak buat cmne...Puyuh order dgn abg jual Dedak & Pallet Gemencheh..ambik puyuh 1minggu RM1.50,agak mahal tapi takde pilihan kat N.sembilan ni..Ayam Botak RM2.50/ekor..


Macam tak sempat je nak tulis lagi..Xpe nanti sambung...Kena buat episod gak ni...nak cite perkembangan 6 bulan dok kampung menternak..Sekian dulu,Assalamualaikum....

Wednesday, 20 June 2012

PANDUAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG

COPY PASTE DARI BLOG INDUSTRI AYAM BRO AMIRUL NU'MAN
http://industriayam.blogspot.com/2011/05/ayam-kampung.html

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampung. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.


SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lainPENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.


PROGRAM PENCEGAHAN
Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “


TANDA-TANDA AYAM SAKIT
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.


JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
GARIS PANDUAN PENTERNAKAN AYAM 


COPY PASTE DARI BLOG INDUSTRI AYAM BRO AMIRUL NU'MAN
http://industriayam.blogspot.com/2011/05/garis-panduan-penternakan-ayam.html

Garis Panduan yang diberikan 



Pengurusan Ternakan.. Ape yang perlu dilaksanakan?
Ketibaan Anak Ayam
Kira dan asing mana yang sakit
timbang utk ambil purata
beri minum air anti stress 3 hr berturut2
makan permulaan 1 jam didlm perindukan
vaksin IB ND semburan mata
Dilepaskan dalam pembentungan
Minggu Pertama 1-7 hari
makan /minum
pasang pemanas 24 jam suhu 35°C (kurangkan 1°C setiap 2 hari hingga 27°C pada hari 16)
rekod bilangan kematian timbang berat badan pd hujung minggu kira kadar penukaran makanan
kepungan diperluaskan

ANAK AYAM PEDAGING YANG BARU BERUSIA 2 HARI

Minggu kedua 8-14 hari
Beri makan 3X sehari
pasang alat pemanas pd waktu malam atau waktu sejuk saja
Naikkan bidai di siang hari dan turunkan pd waktu malam
Bancuh vaksin IBD Gamboro dalam minuman
Rekod bilangan kematian timbang berat badan pd hujung minggu kira kadar penukaran makanan
Kepungan diperluaskan

Minggu Ketiga 15-21 hari
Kepungan dibuka
Vaksin ND Latosa Strain hari ke 18-21
Fowl pox jika perlu
Tukar makanan pada jenis penggemukan pada hari ke21 hingga 28
guna bekas makan jenis gantung 1unit utk 25-30 ekor
Automatik drinker 1 unit 100 ekor
Rekod bilangan kematian timbang berat badan pd hujung minggu
Minggu Empat 22-42 hari
Bidai dibuka terus
Timbang berat badan/ rekod kematian
Umur 35-42 hari
Ayam mencapai berat badan 1.6 –1.9 sesuai utk pasaran

Urusan Penyembelihan
Dibenarkan guna sturning eletrik dgn arus 0.12 amp 6 saat

Urusan jualan
Jualan terus karkes perlu disejukan pd 4°C

Pembersihan kandang
Biarkan reban kering dan dikosongkan sekurang2 2 minggu
Cuci bersih & disinfektan
Kawalan Penyakit
v Beri vaksin ikut jadual yg ditetapkan
v Pastikan ladang bebas penyakit
Newcastle
Vancomycin Resistent Entrococca
Campylobacter
Lysteria




PENTERNAKAN AYAM DAGING

 COPY PASTE DARI BLOG INDUSTRI AYAM BRO AMIRUL NU'MAN
http://industriayam.blogspot.com/2011/05/ayam-pedaging.html
Baka ayam
Baka Tulin Pedaging
Playmounth Rock
-Barred
-White
Rhode Island Red
Australorp
Cornish
-White
-Red
Wyandotte
Pedaging komersial
Avian
Arbor Acress
Cobb
Ross
Shaver
Lohman
Hubbord
Hybro
Hubbard
Pilch White
Asia 131
Arbor Acress
Kabir
Tatum
Hand Meat Nick

Penelur
Lohman
Isa Brown
Golden Comet
Hisex
Hyline
Goldline
Sitaver
H&N
Bab cock

Jenis pemeliharaan ayam pedaging
-Intensif
-Spara intensif
-Integrated
-Pemeliharaan cara lama
Faktor perkembangan pesat 
-Program kesihatan
-Kawalan penyakit sampar/ Pullorum
-pengwujudan kilang makanan
-Pengimportan strain ayam yang bermutu tinggi
-Teknologi canggih

Sektor industri
-Penternakan ayam baka
-Menghasilkan telur bernas untuk tetasan
-Jenis pedaging dan penelur

Penternakan ayam komersial
-Hasil produk untuk makanan jenis pedaging dan penelur
-Hatceri (Penetasan) hasilkan anak ayam jenis penelur dan pedaging

Penternakan tuai induk
Jenis pedaging

Asas penternakan ayam pedaging

Persediaan/ kelengkapan
Alat induk ( Hover) berkuasa 30,000 BTU untuk 500 ekor anak ayam
Pembentung dari cardbord/ papan lapis nipis setinggi 46 cm (18 inci)
Dulang makanan,berukuran 2.54 cm X 2.54 cmX 0.15cm untuk 100 ekor anak ayam
Bekas makanan gantung berukuran rentas 40.6 cm (3 buah) dan berukuran 30.5 (4 buah) bagi setiap 100 ekor selepas 14 hari
Palong makanan berukuran 5.0-7.5 cm panjang bagi seekor anak ayam
Tabung air dengan muatan 9 liter air bagi 100 ekor anak ayam sehingga 14 hari
Bidai
Digunakan bagi menutup keseluruhan bangsal yang hendak dijadikan perindukan
Menghalang haba keluar dengan cepatnya
Mengelakkan tiupan angin masuk
Mengelakkan gangguan dari luar seperti manusia , burung dan gangguan lain menyebabkan terkejut dan stress
Biasanya bahan yang digunakan adalah seperti kain kanvas biru , plastik biru atau Guni kampit dedak
Ketaman kayu
Ketaman kayu mestilah kering
Ketaman kayu yang basah menyebabkan pembiakan mikroorganisma
Ketebalan yang sesuai adalah 4”- 6” sesuai untuk memerangkap haba kepanasan
Pembentung
Tujuan untuk kepanasan yang mencukupi
Bentuk bulat untuk mengelakan ayam berkumpul pada sudut yang menyebabkan berasak sesak dan mati dipijak(tersepit dipenjuru)
Keluasan 500 ekor antara 7 kaki hingga 9 kaki diameter dan tinggi 18 inci
Bahan yang digunakan adalah kepingan zink/ kadbord
Alat pemanas
Gasolec Hoover 30,000 BTU untuk 500 ekor
Ia digantung di tengah-tengah supaya haba tersebar dengan sekata
Dulang makanan
Umur 1-10 h1ri bersaiz 18’’ X 18’’ x 1’’ untuk 100 ekor
Letakkan dawai BRC bagi mengelakkan berlaku kaisan makanan

Bekas makanan
Umur 10-14 hari bekas makanan gantung boleh digunakan
Umur 14 hari keatas 3 bekas makanan berukuran 16’’ untuk 100 ekor atau
Umur 14 hari keatas 4 bekas makanan berukuran 12’’ untuk 100 ekor
Tabung air dan bekas air automatik 
Umur 1-14 hari bekas minuman 9 liter bagi 100 ekor
Umur 14 hari keatas 2 bekas minuman automatik untuk 100 ekor
Umur 21 hari 1 bekas minuman 2 gelen untuk 25-30 ekor

Persiapan Reban
-Ukuran saiz reban mengikut bilangan ayam dipelihara
-Keluasan sesuai 1-1.5 kakipersegi seekor
Ukuran untuk 5000 ekor ayam
25 kaki X 200 kaki (1 bangsal)25 kaki X 100 Kaki (2 bangsal)

Sebelum anak ayam tiba
Perumah anak ayam perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 21 hari (3 minggu)
Dinding lantai siling perlu didisinfektan dengan Bromosept, Potasium Permagnate atau Lysol
Jika perumah berlantaikan simen bawah bahan sarap lama perlu dibuang lebih kurang 2 minggu baru tukar bahan sarap baru
bahan sarap di isi kan setebal 4 inci tinggi
Bahan sarap perlu disembur dengan bahan nyah jangkitan seperti Quantenary Ammonium Compound atau lysol

( Persediaan awal)
Tutup dinding Bangsal dengan kertas atau plastik Polyethylene tinggalkan sedikit ruang dari bangsal untuk pengudaraan
Sediakan satu bekas berisi pembasmi kuman untuk celup kasut sebelum memasuki bangsal

Pengurusan Perindukan
Buat perindukan anak ayam dengan ukuran rentas 214 cm untuk 500 ekor
Alas lantai perindukan dan isikan ketaman kayu setebal 8-13 cm
Isi air minuman kedalam bekas dan tempatkan kedalam perindukan
isikan makanan kedalam palung tempatkan dalam perindukan
Gantung alat pemanas hover di tengah bulatan 91 cm tinggi
Sekiranya anak ayam stress atau lewat sampai elok air minuman ditambah dengan Glukos untuk pemberian tenaga segera ( anti stress)
Anti stress berikan 2.5-50 % larutan glukos (campur 2.5-5.0 grm glukos 100ml/ liter air)
nyalakan hover beberapa jam mengikut keadaan untuk memanaskan kawasan supaya menyamai suhu keliling

Keperluan alat pemanasan / perindukan palsu
1. Minggu pertama hover perlu dihidupkan 24 jam
2. minggu ke dua atau hari kesepuluh bergantung pada cuaca dan suhu dalam reban biasanya hover dihidupkan hanya diwaktu malam
3. Minggu ketiga tidak perlu alat pemanas lagi kecuali hujan lebat atau cuaca terlalu sejuk
Pengaruh suhu bagi ayam daging
· Kawalan suhu
· Umur sehari 35°C
· 2-7 hari 33°C
· 8-14 hari 28°C Suhu paling optima untuk ayam pada umur 4 minggu 23°
Ketibaan anak ayam
1. Tiba anak ayam kira anak ayam dan beri vaksinasi ranikhet F melalui titisan hidung sebelum memasukkan dalam perindukan
2. Timbang untuk mengambil berat purata
3. Lepaskan anak ayam berhampiran dengan bekas minuman bercampur anti stress
4. beri makanan permulaan 1 jam berada di dalam perindukan
5. Pastikan anak ayam selesa, perhatikan beberapa jam
6. Pastikan suhu 33°C hari pertama perhatikan kelakuan anak ayam semasa dalam perindukan cukup hangat dan sesuai
7. suhu perlu dijaga selama 3 hari 23-33°C


Umur 1-4 minggu
Minggu pertama
Anak sampai, suntik vaksin raniket F dengan titisan hidung anak ayam
Lampu dipasang dan alat pemanas24 jam
Dinding dawai rumah ayam hendaklah ditutup dengan plastik mengadakan pengudraan yang baik
( Umur 6 hari) Potong paruh bahagian atas lebih rendah dari bahagian bawah
Mengadakan pengepungan supaya anak ayam menghampiri alat pemanas ( jarak 3-4 kaki jarak dari alat pemanas)
Beri makan sebanyak mana yang boleh.Memberi makanan jenis permulaan Starter air minuman bercampur anti stress 3 hari pertama
Tukar air minuman setiap hari
tukar sampah-sarap basah yang kotor dibalik-balik atau ditambah
Rekod bilangan kematian dan pengambilan makanan
Timbang berat badan pada hujung minggu
kira kadar penukaran makanan
Kepungan diperluaskan
Kurangkan 1°C setiap dua hari hingga 27°C pada hari ke 16
Minggu kedua (8-14 hari)
1. Beri makan 3 kali sehari
2. Beri air bercampur anti stress pada awal minggu
3. Pasang alat pemanas pada waktu malam atau cuaca sejuk sahaja
4. Naikkan bidai disiang hari dan turunkan diwaktu malam
5. Tukar sampah- sarap basah
6. Luaskan alat pengepungan
7. Bancuh veksin IBD dalam minuman
8. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan

Umur 2 minggu pertama ayam daging adalah kritikal, sebarang keadaan persekitaran yang merencatkan pembesaran pada peringkat ini perlu diatasi segera mengelakkan masalah yang akan lebih serius lagi pada mingu-minggu berikutnya
Minggu ketiga (15-21 hari) 
Musnahkan bangkai anak ayam yang mati
Singkir mana yang lemah atau cacat
Pasang alat pemanas di waktu malam sahaja
Kepungan dibuka supaya anak ayam lepas bebas di dalam reban
Mula menggunakan bekas makanan yang bergantung ( 1 unit untuk 25-30 ekor)
Suntikan Vaksin Fowl pox dibahagian Nipis ( Web) pada kepak
Tukar makanan jenis penggemukan secara beransur-ansur pada hari ke 21-28
Gunakan bekas minuman automatik (1 unit untuk 100 ekor)
9. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan

Minggu keempat (22-28 hari)
Keluarkan alat pemanas
Beri makan 2 kali sehari
Bekas air minum dan makanan digantung sama paras dada ayam
Beri air bercampur anti stress
Bidai perlu dibuka terus
Tukar sampah sarap basah yang kotor perlu dibalik-balik atau ditambah
Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan

Minggu kelima(29-35 hari)
1. Tukar makanan penggemuk Finisher perlahan-lahan
2. Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan
Minggu keenam- ketujuh (36-42 hari)
100% makanan penggemuk Finisher
Hentikan pemberian ubat antibiotik kepada ayam jika digunakan dalam minggu sebelum itu
Timbang anak ayam pada hujung minggu ambil rekod, kira kadar penukaran makanan
Umur 35- 42 hari dengan pencapaian berat badan 1.6-1.9kg adalah paling sesuai dipasarkan
-Boleh dipasarkan secara jualan hidup atau jualan selepas proses
-Urusan penangkapan lebih sesuai di waktu malam atau awal pagi
Memotong paruh ( ini pada anak ayam Penelur saja) 
Tujuan elak pematukan sesama sendiri dan pembaziran makanan
-Potong ketika umur 6-9 hari atau 10-12 minggu
-potong lebih kurang 4.5 mm dari lubang hidung
-muncung bayah lebih panjang dari muncung atas
- sekiranya berlaku pendarahan kelar dengan besi panas

Pengurusan makanan
Pemberian makanan adalah bergantung kepada umur anak ayam pertukaran makanan perlu dilakukan secara perlahan-lahan
Pengurangan pengambilan makanan adalah disebabkan jualan pada minggu ke5
2 jenis makanan
Makanan permulaan- 1-4 minggu –Protin kasar 22-24 %
Makanan pengemukan –5-7 minggu protin kasar 19-20 %

Pengurusan Kesihatan 
Antara program kesihatan yang dilakukan
1) Timbang mingguan
2) Vaksinasi
3) Pemberian antistress
4) Pemberian antibiotik

Pemantauan kenaikan berat badan
A)Anak ayam ditimbang pada usia satu hari
Digunakan sebagai kayu pengukur kenaikan berat mingguan
Anak ayam ditimbang sebanyak sepuluh peratus dari jumlah asal
B) Timbangan akan dilakukan bila ayam berumur
Seminggu
Dua minggu
Tiga Minggu
Empat minggu
Lima minggu
Enam minggu ( untuk Dipasarkan)
Umur 35-42 hari –Berat badan 1.6-1.9 kg boleh disembelih
Urusan penangkapan 
Hentikan pemberian makanan (beri air minuman sahaja dalam tempoh 6 jam sebelum kerja-kerja penagkapan
gunakan penghalang jaring dan tangkap dengan cermat

Penyembelihan dan pemprosesan
Keperluan/ peralatan
Pisau dan alat pengasah
Bekas berisi ais/ alat penyejuk
Mesin pencabut bulu ayam ( mesin Plucker)
Alat pencelur ayam ( Scalder)
Meja tahan karat ( almunium, Stainless steel atau marmar
Alat penimbang
Freezer 18°C

Urusan penyembelihan
Penyembelih perlu dilakukan mengikut cara islam
Menggunakan pisau yang tajam dan bersih
Dibenarkan menggunakan aliran eletrik 0.12 A selama 6 saat untuk mententeramkan ayam sebelum sembelih
Proses pendarahan selama 2 minit

Langkah Pemprosesan
Sediakan air panas untuk mencelur
suhu
56°C selama 3 minit
60°C selama1 minit
Bersihkan kekotoran termasuk darah dan najis yang melekat sebelum mencelur
Pastikan bilangan ayam untuk sekali proses sesuai mengikut kapasiti mesin Plucker
Tebuk bahagian depan tembolok dan bahagian bawah otot dada dan keluarkan organ-organ dalaman dengan cermat supaya tidak pecah elakkan pencemaran
Bersihkan karkas dengan air paip yang sentiasa mengalir
Pemotongan dan pembungkusan
Untuk jualan terus karkas perlu disejukkan 4°C
Karkas yang hendak disimpan lama > 6 bulan perlu disejuk bekuan ke tahap –17.8°C

Kos pengeluaran ayam Pedaging
Maksudnya
Kos diperlukan untuk memelihara seekor ayam dari umur sehari hingga dijual atau
Kos diperlukan untuk menghasilkan 1 kg ayam
Iaitu
Jumlah kos (RM = ?
Kuantiti pengeluaran (KG)

1)kos tetap
Reban / bangsal termasuk upah binaan
Tangki air serta sambungan paip
Peralatan penternakan

2) kos berulang
Anak ayam, makanan , elitrik/ gas/ air
Vaksin dan ubat
Susut nilai atas bangunan (5 tahun)
Susut nilai atas peralatan (3 tahun)
Faedah pinjaman bankPerbelanjaan luar jangkaan