(cerita ni baru sahaja dipublish kan,tersimpan je dalam draft sejak 2012,teruk betul kan..)
Bermula dengan 5 ekor anak arnab dari baka Anggora & Lion Head kemudian ditambah lagi dengan induk betina Anggora & pejantan English Spot kami mencuba dengan tujuan membiakkan..mana lah tau ada rezeki suatu hari nanti boleh bukak Taman Arnab,boleh la pasang niat dari skang..Dari 7 ekor ni la kami mula belajar cara penjagaan,rawatan dll..sebab kena cuba bela dulu baru tau cara idup & nak mengatasi situasi mcm2 nanti..kalo terus mula dengan skala besar naya la..
Macam tu jugak dengan puyuh..2 bulan lepas mula bela arnab kami dok start dengan 200 ekor baka IKTA yg dibeli dari Sg Buloh..Berdasarkan pengalaman sebelum ni pernah ternak puyuh dengan ayam kampung so taklah payah sangat penjagaan puyuh ni..senang kata semua org boleh bela nak tak nak je...
Ni baru 50 ekor ada 2 kotak lagi..Dalam ni kami ambik puyuh putih dalam 20 ekor..agak unik rasa tu yg nak mencuba..Saiz bercampur 3-5hari, harga puyuh putih pulak seganda dari yg biasa..takpela mula2 kan pasni buat biakkan je baka putih ni..
No comments:
Post a Comment