ANTARA PUNCA PERNIAGAAN GAGAL
- Artikel iluvislam.com
Sudah banyak kita dengar daripada peniaga dan penulis mengenai kenapa sesebuah
perniagaan itu gagal. Banyak sebab seperti :
1. Tidak mendapat pinjaman
2.
Lokasi yang salah
3. Masalah pekerja
4. Pengurusan yang tidak
terurus
5. Persaingan
6. Berkembang terlalu cepat
Ini belum lagi yang
mengatakan sebab-sebab seperti terkena sihir atau buatan orang.
Namun
sebab-sebab ini biasanya akan menuding jari ke arah orang lain. Malah sebab yang
sebenar-benarnya akan terkubur tanpa dinyatakan. Jadi dalam artikel ini saya
akan menerangkan antara sebab-sebab sesebuah perniagaan itu gagal yang tidak
dinyatakan kepada kita.Kenapa sebab-sebab sebenar ini tidak dinyatakan? Mungkin
kerana sebab sebenar ini akan menyakiti ego pemilik perniagaan yang gagal.
Sudahlah gagal, terpaksa pula menerima kesalahan diri sendiri. Ini bagaikan
jatuh ditimpa tangga. Jadi mereka fikir,adalah lebih baik meletakkan sesuatu
kesalahan itu di atas faktor luaran.
Jadi apa pentingnya kita kenal kesalahan
yang sebenar ?
Ini penting untuk usahawan menilai dengan sebenar-benarnya
kenapa sesuatu perniagaan itu gagal dan mengambil pengajaran untuk membangunkan
perniagaan lain di masa hadapan.
Sebab-sebabnya ialah:-
1. Perniagaan
Yang Menumpukan Kepada Keuntungan Cepat
Ramai yang akan menghubungi saya
kira-kira 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka untuk memulakan perniagaan.
Alasan mereka "Saya ingin buat bisnes untuk cari duit untuk kahwin".Ini satu
penyakit yang dihadapi sesetengah orang. Mereka fikir perniagaan ini boleh
membawa keuntungan yang cepat dalam beberapa bulan.Fokus seperti ini adalah
salah. Membangunkan sesebuah perniagaan adalah seperti melahirkan bayi. Pada
awalnya, kita yang perlu mengeluarkan duit dan keringat untuk membangunkan
perniagaan ini.Setelah beberapa tahun, barulah kita boleh menuai hasil dari
pelaburan itu tadi. Jadi untuk membuat keuntungan sebenar serta meneruskan
perniagaan untuk tempoh masa yang lama, kita perlu meletakkan fokus jangka masa
panjang dan bukan 6 bulan sebelum berkahwin.
2. Perniagaan Memuaskan
Ego
Usahawan yang sebenar memulakan perniagaan apabila dia dapat melihat
peluang sebenar dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Namun terdapat orang
yang ingin membangunkan perniagaan atas faktor ego.Faktor ego di sini adalah
seperti membuka perniagaan untuk tujuan kelihatan 'cool' atau merasa
dengan adanya perniagaan ini status dirinya akan meningkat naik di mata
rakan-rakannya.Contohnya,seperti orang yang ingin membuat kafe atas dasar untuk
kelihatan hebat berbanding dengan orang yang membuka kafe atas dasar untuk
memulakan perniagaan.Perniagaan yang dibuat berdasarkan ego jarang berjaya. Jadi
fikirlah sebelum anda memulakan sesebuah perniagaan. Adakah anda memulakan
perniagaan ini untuk semata-mata kelihatan 'cool' atau anda memulakan
perniagaan untuk membuat keuntungan jangka panjang?
3. Masalah
Peribadi
Sewaktu seseorang manusia itu berada dalam keadaan stress atau
bermasalah, jarang sekali manusia ini akan membuat keputusan yang betul.Masalah
yang lebih besar adalah idea kreatif juga tidak akan timbul pada waktu
ini.Masalah kita boleh terjadi akibat dari pergaduhan dengan rakan, masalah
dengan isteri, penceraian, masalah anak-anak dan pelbagai masalah lain yang
tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan.Namun masalah-masalah ini akan
memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan anda. Jadi untuk membangunkan
perniagaan dengan baik, cuba elakkan atau selesaikan masalah peribadi anda
dahulu.
4. Mendapatkan Nasihat Daripada Orang Yang Salah
Kita
selesa untuk berbincang dan menceritakan masalah kita kepada rakan-rakan dan
ahli keluarga.Namun apabila berkenaan dengan perniagaan, rakan-rakan dan ahli
keluarga bukanlah orang yang sesuai untuk kita dapatkan jalan penyelesaian.Ini
biasanya berlaku apabila kita hendak memulakan perniagaan. Kita akan bertanya
kepada rakan-rakan dan keluarga kita. Kebanyakkan daripada mereka ini tidak mahu
menyakiti hati kita. Jadi mereka ini sentiada akan memberikan sokongan kepada
idea bodoh kita itu.Cuba anda fikir, jika seorang rakan anda datang dengan satu
idea bisnes, dan anda menentang idea ini. Namun rakan anda itu meneruskan dengan
idea itu dan berjaya. Adakah anda fikir rakan anda akan masih berkawan dengan
anda ? Sudah tentu hubungan anda kini telah menjadi lebih tawar. Jadi tidak ada
orang yang anda sayangi akan membuatkan anda kecewa.Jadi mereka ini tidak sesuai
untuk kita tanya pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kepada mereka inilah
kita sering menyatakan idea dan masalah perniagaan kita untuk mendapat
penyelesaian.
5. Pemilik Perniagaan Yang Tidak Pandai Berhubung Dengan
Manusia
Banyak perniagaan yang lingkup hanya kerana seseorang pemilik
perniagaan yang panas baran atau jenis orang yang tidak tahu berkomunikasi
dengan orang lain.Dalam perniagaan, kita terpaksa berhubung dengan pembekal,
pelanggan yang pelbagai kerenah, pekerja, rakan kongsi dan banyak lagi orang
lain. Jadi,jika seseorang itu tidak mampu untuk menjadi kawan dengan semua
mereka ini, tidak mungkin mereka boleh berjaya dalam perniagaan.Jadi kemahiran
berkawan adalah sangat penting. Anda juga perlu menerima hakikat tidak semua
yang anda faham itu difahami oleh orang lain dan juga sebaliknya.Kita juga perlu
menerima hakikat bahawa semua golongan yang saya sebutkan sebelum ini tidak akan
membantu perniagaan anda untuk maju jika anda bukan seseorang yang pandai
berkawan.Jadi,belajarlah untuk berkawan dengan ramai orang dari pelbagai tahap
masyarakat kerana ini adalah kemahiran wajib untuk anda berjaya dalam
perniagaan.
6. Usahawan
Yang Tidak Sepenuhnya Komited Pada Perniagaannya Terdapat usahawan yang
memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama berkerja makan gaji, ada pula yang
sudah mempunyai back-up plan jika perniagaan itu gagal.Dalam kedua
keadaan ini, kegagalan adalah satu pilihan. Kerana itu anda tidak perlu terlalu
komited kepada perniagaan anda, memandangkan jika perniagaan ini gagal, anda
mempunyai kerja tetap ataupun sudah pun mempunyai back-up plan yang
kukuh.Perniagaan akan menjadi lebih berjaya jika anda bergantung harap hidup
anda kepada perniagaan itu. Jadi anda tidak ada pilihan selain untuk berjaya dan
membuat keuntungan.Pada masa ini, otak dan fizikal anda akan melonjak ke tahap
yang jauh lebih baik daripada tahap biasa. Tidakkah apabila Tariq bin Ziyad
menawan sepanyol, beliau telah membakar kapal tentera Islam itu sendiri dan
berkata "Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan
musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan
kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran''.Apabila tidak
ada lagi jalan pulang, kita tidak ada pilihan selain untuk terus mara dan
berjaya.
Monday, 27 August 2012
Sunday, 26 August 2012
AYAM TANPA KEPALA
REFER FROM MELAYUKINI.NET
Pelik! Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala | Ini bukanlah satu cerita rekaan tetapi kisah benar di mana seekor ayam pelik mampu hidup selama 18 bulan tanpa kepala. Ganjil bukan? Mustahil bagi sesuatu makhluk itu hidup tanpa organ atau tubuh badan yang mencukupi tambah-tambah pulak anggota badan yang hilang tu adalah kepala! Untuk pengetahuan pembaca Melayukini.net, kejadian ayam tanpa kepala ini bermula pada 10 September 1945 atas kesilapan tuannya yang telah melakukan penyembelihan. Berkemungkin pada ketika itu ayam pelik tersebut mempunyai otak di bahagian bawah leher tetapi tidak di bahagian kepala. Sungguh luar biasa! Jom kita tengok gambar ayam pelik tersebut.
Seekor ayam jantan yang
diberi gelaran Mike dilaporkan pernah hidup selama 18 bulan tanpa
kepala. Kisahnya bermula pada tahun 1945 apabila pasangan petani di
Fruita, Colorado berniat menyembelih beberapa ekor ternakan mereka.
Mereka kemudiannya mengapak Mike seperti yang dilakukan kepada ayam lain.
Selepas itu, Mike bangun seperti tiada apa yang berlaku.
Jadi, bagaimana Mike mampu
bertahan? Saintis telah memeriksa dan mendapati bahawa Mike tidak 'dimatikan'
dengan sempurna. Sebahagian besar bahagian kepala telah berpisah daripada badan
tetapi sebenarnya sebelah telinga masih bersambung. Hayunan kapak terlepas urat
merih dan darah membeku menghalang pendarahan berterusan yang boleh
menyebabkannya mati. Bahagian otak yang mengawal kebanyakan tindak balas reflek
Mike juga sebahagian besarnya tidak terjejas. Pahamkan je lah penerangan ni
ye.


Gambar beg pakaian yang mengandungi alat untuk membantu Mike makan termasuk penitis mata yang digunakan untuk menyalurkan makanan melalui lubang di atas badannya, di mana kepala Mike sepatutnya berada. |
![]() |
Mike diberi makan melalui penitis mata yang terus masuk ke dalam esofagusnya. |
![]() |
Hope Wade, seorang penganjur yang mengenakan bayaran kepada orang ramai yang ingin menyaksikan Mike. |
AYAM ISRAEL - AYAM TANPA BULU
REFER FROM HERE
Kesian pula tengok ayam-ayam ni bila tidak berada di
dalam keadaan yang asal. Camana nak survive dari kesejukan ni? Ayam tanpa bulu
pelepah ini merupakan hasil kajian seorang pakar genetik dari Israel, Avigdor
Cahaner. Beliau telah mencipta genetik ayam tanpa bulu pelepah yang pertama di
dunia melalui Institut Rehovot Agronomi berhampiran Tel AViv, PALESTIN. Menurut
Avigdor, idea ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos untuk memproses daging
ayam. Pengusaha tidak perlu mengupah lebih untuk mencabut bulu pelepah sebelum
dipasarkan.
Tindakan Avigdor ini mendapat provokasi daripada masyarakat sekitar bahawa perubahan genetik ini tidak memberi manfaat kepada haiwan dan sebaliknya menjadikan haiwan itu lebih teruk keadaannya. Ayam jantan tidak dapat mengawan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai kepak untuk memikat ayam betina. Ayam-ayam ini juga lebih mudah terdedah dengan parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk dan variasi suhu serta faktor cuaca yang sesuai.
Walaubagaimanapun hal ini disangkal oleh Avigdor dan mempertahankan pendapatnya bahawa ayam-ayam ini bukan diubahsuai secara genetik dan memberi pendapat bahawa ia datang dari sat baka semulajadi yang mula wujud sejak suku abad yang lepas. Profesor tersebut spesis ini juga boleh membekalkan ayam daging pada kadar yang tinggi. Kajian ini kali pertama didengar sekitar 2002, tetapi setakat ini sudah tiada kedengaran. Kekurangan maklumat terkini di dalam media mengenai ayam ini menunjukkan ciptaan Avignor adalah tidak komersial. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Tindakan Avigdor ini mendapat provokasi daripada masyarakat sekitar bahawa perubahan genetik ini tidak memberi manfaat kepada haiwan dan sebaliknya menjadikan haiwan itu lebih teruk keadaannya. Ayam jantan tidak dapat mengawan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai kepak untuk memikat ayam betina. Ayam-ayam ini juga lebih mudah terdedah dengan parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk dan variasi suhu serta faktor cuaca yang sesuai.
Walaubagaimanapun hal ini disangkal oleh Avigdor dan mempertahankan pendapatnya bahawa ayam-ayam ini bukan diubahsuai secara genetik dan memberi pendapat bahawa ia datang dari sat baka semulajadi yang mula wujud sejak suku abad yang lepas. Profesor tersebut spesis ini juga boleh membekalkan ayam daging pada kadar yang tinggi. Kajian ini kali pertama didengar sekitar 2002, tetapi setakat ini sudah tiada kedengaran. Kekurangan maklumat terkini di dalam media mengenai ayam ini menunjukkan ciptaan Avignor adalah tidak komersial. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Wednesday, 22 August 2012
Jenis Jenis Puyuh
Penelur
A) Conturnix Japanica asal Jepun Pengeluaran / tahun 250-280biji
B) Japanese Seatke asal USA Pengeluaran/ tahun 240-260biji
C) Cari Strain asal India Pengeluaran / tahun 250-270biji
D) Japanese Taiwan asal Kacukan Jepun Taiwan Pengeluaran /tahun
220-250biji
E) Kacukan Tempatan Pengeluaran/ tahun 220-250biji
Persiapan Prasarana
Reban dan sangkar telah dicuci bersih tikus
sudah dihapuskan dan gunakan penghapusan hama dan disinfectan. Pilih perindukan
atas lantai atau dalam sangkar. Pilihan perindukan atas lantai atau dalam
sangkar. Peralatan telah dicuci bersih, Letrik dan air dalam keadaan baik
Biosekuriti di tahap terbaik dari segi kemampuan.


Pemindahan Ke Sangkar
Penelur
Setelah saiz (badan) puyuh bersesuaian dengan sangkar
penelur (supaya tidak lepas).Selepas asingkan (sexing) puyuh betina dipelihara
tidak melebihiumur 35 hari, sebelum dipindahkan ke sangkar penelur.Berikan
peluang sekurang-kurang 1 minggu untuk menyesuaikan diri dengan sangkar
penelur.Pemberian minuman anti stress bagi mengurangkan tekanan
Sangkar
Penelur
Jenis Sangkar telur. Upah / buat sendiri
menggunakan kayu + Jaring BRC, Sangkar jenis galvanised tetapi agak mahal
sedikit. Susunan bertingkat menegak keatas (pangsa). Susunan bentuk A. Lantai
menurun curam sedikit ke hadapan bagi telur bergolek. Bekas makanan diluar
Sumberair automatik (nipple ) atau palung air di luar.
Prestasi Puyuh
penelur
Keperluan makanan sehingga umur 5 minggu
sebanyak 410 gram sehari.. Umur 5-57 minggu sebanyak 9600gram sehari.. Berat
badan mestilah mencapai umur 5 minggu ialah 125gram dan 57 minggu mestilah
mencapai 174gram. Kadar kematian 5 hari pertama dalam lingkungan 1.07% dan
Minggu kedua hingga 57 minggu 1.58% minggu.
.jpg)
Prestasi puyuh penelur IKTA
Pengeluaran umur mula bertelur pada 40-42 hari. Umur Puncak pengeluaran 13 minggu Puncak pengeluaran 94%. Pengeluaran seekor /52 minggu ialah 260biji telur. Kadar penukaran makanan adalah seperti berikut makanan /biji telur=347gram (Makanan /kg telur- 2.77kg makanan/ kilogram telur)

Pengurusan Telur
Sifat telur normal iaitu warna kelabu
kekuningan bertompok hitam-cokelat. cengkerang nipis mudah retak /pecah.Sifat
telur tidak normal ialah warna biruatau warna lain atau tanpa tompok, bentuk
herot, cengkerang tidak terbentuk dengan baik ( lembik) telur jumbo-2 kunng
telur.
Telur lembik dan herot sebab kurang kalsium,
vitamin D, ada jangkitan penyakit. Penyelesaian makanan bermutu dan kawalan
penyakit. Kurang pengeluaran telur, Zat makanan tidak mencukupi kalsium vitamin
dan protien (puyuh gemuk sangat) Puyuh sudah tua penyakit sampar &
bronchitis.
Kutip telur sebaiknya 2 kali sehari (75% puyuh
bertelur diantara jam 3 hingga 6 petang). Penyimpanan telur sebaiknya tidak
melebihi seminggu & simpan tempat berhawa sejuk dan lembap. Dulang telur
puyuh susunan dengan bahagian runcing di bawah.
.jpg)
Pengurusan
Cahaya
Cahaya matahari tenaga ultra violet (UV) merangsangkan penghasilan
vitamin D untuk tujuan kesihatan tulang dan pembentukan cengkerang telur yang
normal. Cahaya lampu panjang ada tenaga ultra violet. Cahaya mentol Balb tidak
ada tenaga ultra violet. Sudah ada cukup vitamin D dalam makanan komersil tidak
perlu UV cuma perlu cahaya bagi rangsang hormon badan. Pengaruh cahaya (bilangan
jam yang mencukupi setiap hari) semasa peringkat bertelur. Penghasilan hormon
yang optima supaya pengeluaran telur berada di tahap yang paling mampu
dikeluarkan oleh puyuh.pengurusan (bilangan jam cahaya) bermula dari umur sehari
hingga tamat tempoh pelihara.
A) 2 minggu pertama 24jam cahaya/ hari.
B) Minggu ke 3 berikan 13 jam cahaya terang (11jam cahaya malap)
C) Minggu ke 5 berikan 15 cahaya terang ( nilai kritikal bagi rangsangan peralatan / organ telur puyuh)
D) Minggu ke 6 hingga tamat- 16 hingga 17jam cahaya terang.
Pengurusan
Penternakan
Peringkat Pembesaran
Pengurusan Alam
Sekitar
Pengurusan Bahan
Buangan Ladang
Penyimpanan
Rekod
Menyimpan, menganalisa dan menggunakan rekod adalah penting untuk menentukan kejayaan penternakan puyuh penelur. Perlu diadakan dokumentasi yang teratur akan perancangan kemasukan/penyingkiran, peraturan pengurusan dan perkara-perkara lain. Rekod pengeluaran telur disimpan dan dibanding dengan piawaian pembekal keatas prestasi puyuh tersebut. Segala masalah perlu diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan kerugian.
A) 2 minggu pertama 24jam cahaya/ hari.
B) Minggu ke 3 berikan 13 jam cahaya terang (11jam cahaya malap)
C) Minggu ke 5 berikan 15 cahaya terang ( nilai kritikal bagi rangsangan peralatan / organ telur puyuh)
D) Minggu ke 6 hingga tamat- 16 hingga 17jam cahaya terang.

Sistem
Pengurusan
Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap
sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu
peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan
adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan
menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh
diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran
yang biasanya bertingkat.
Peringkat
Perindukan
Jika menjalankan sistem pemeliharaan diatas
lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan
sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem
ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.
Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap,
anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan
menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000-1200 ekor anak
puyuh penelur boleh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa
perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana
kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover
yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian
haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan
bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas
minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama
masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter
digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari
jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi
tanpa had.
Bagi pemeliharaan menggunakan kotak khas
tentukan penempatan anak puyuh tidak bersesak. Kadar kematian yang tinggi sering
berlaku semasa perindukan disebabkan kesesakan dan kesejukan. Gunakan keluasan
lantai 167 sentimeter persegi untuk sekor puyuh sehingga berumur 5 minggu. Anak
puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas
dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan
anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk
menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang
digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi
boleh memuatkan sehingga 100 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa
perindukan dengan 'polyethelene sheets'.

Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah
sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak
puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas
perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh
setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap
satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran
yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa
pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai
35 hari. Puyuh akan ditangkap dan dihantar ke bangsal pengeluaran. Puyuh
mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) pada umur 42
hari.

Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak seluas 1 meter persegi boleh membesarkan sehingga 50 ekor puyuh penelur. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga berumur 35 hari. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu ketak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.
Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak seluas 1 meter persegi boleh membesarkan sehingga 50 ekor puyuh penelur. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga berumur 35 hari. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu ketak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.
Peringkat
Pengeluaran
Setelah tamat tempoh pembesaran, puyuh betina
akan dipilih dan dipindahkan kebangsal pengeluaran. Pada peringkat umur 21 hari
keatas jantina puyuh boleh dikenal mengikut warna bulu didada. Puyuh jantan
dikenali dengan warna coklat ( cinnamon ) dibulu bahgian dada dan leher. Puyuh
betina kelihatan sama seperti jantan kecuali bulu bahgian dada dan leher
berbintik hitam. Puyuh jantan tidak diperlukan dan dijual atau diproses untuk
dijual sebagai puyuh proses.
Puyuh betina akan mula bertelur apabila berumur
42 hari keatas. Telur-telur permulaan adalah bersais kecil. Sais telur membesar
mengikut umur. Masa bertelur adalah disebelah petang. Sebanyak 75 % telur
diperolehi dari waktu 4 - 7 petang dan sebakinya pada waktu malam. Pungutan
telur lebih baik dijalankan semasa malam kerana masih segar. Jika tidak, maka
kutipan boleh diadakan diwaktu pagi. Gunakan bekas khas untuk telur puyuh semasa
pungutan. Jangan gunakan bakul untuk kutipan telur. Telur puyuh mudah retak
tetapi susah untuk pecah. Telur-telur puyuh hendaklah disimpan didalam bilik
dingin dengan kelembapan yang tinggi. Untuk telur yang segar, telur puyuh
hendakalah dijual dengan segera.
Untuk pengeluaran telur yang optimum, puyuh
penelur berkehendakkan 17 jam cahaya setiap hari . Dua belas jam adalah dari
cahaya matahari dan sebakinya dari cahaya tiruan menggunakan lampu kalimantang.
Kadar pengeluaran telur adalah seperti di Lampiran 5. Puyuh diternak selama 40
-50 minggu sebelum disingkirkan dan diganti dengan puyuh penelur baru.
Puyuh-puyuh yang disingkir diproses dan dijual sebagai puyuh proses.
Disepanjang pemeliharaan puyuh penelur,
puyuh-puyuh yang mati perlu dikeluarkan dan dimusnahkan setiap hari. Makanan dan
air diberi setiap hari. Sistem pemberian air menggunakan cawan atau puting (
peralatan ayam ) boleh digunakan untuk pemberian air. Puting atau cawan air
ditempatkan dibelakang sangkar. Pemberian makanan menggunakan palong khas dan
ditempatkan didepan sangkar. Pemberian makanan dan pungutan telur secara
otomatik boleh dilaksanakan. Pembekal peralatan ternakan ayam ada membekalkan
peralatan tersebut.
Pengusaha puyuh penelur dinasihatkan supaya
mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan peneternakan puyuh
penelur. Tentukan najis-najis dibangsal pengeluaran sentiasa dibersihi untuk
menggelakan berbau busuk atau pembiakan lalat. Pengurusan najis yang sempurna
dapat merendahkan masalah tersebut. Najis-najis dibegkan kedalam guni dan boleh
dijual sebagai baja.
Kesihatan
Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya
ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit
yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik
adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana
sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan kerana
perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha
adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk
mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke
semasa.

Ladang puyuh penelur perlu mengamalkan
pengurusan yang baik untuk bahan-bahan buangan ladang. Ini adalah penting untuk
mengelakkan masalah bau busuk dan lalat. Bahan buangan yang utama adalah sampah
sarap dari pemeliharaan semasa pembesaran, najis, dan bangkai puyuh.
Sampah sarap digunakan untuk keselesaan puyuh
semasa pemeliharaan dengan mengambil kira keberkesanan menyerap air. Gunakan
sampah sarap yang baru setiap kali pemeliharaan puyuh. Ketaman kayu merupakan
jenis sarap yang biasa digunakan. Ketaman kayu hendaklah dari kayu yang bersih
dan tiada mudarat kepada puyuh. Jangan gunakan ketaman kayu dari kayu yang telah
diawet. Tambah ketaman kayu kedalam bangsal apabila diperlukan. Sarap yang basah
perlu dikeluarkan dan diganti dengan sarap baru. Setelah tamat pemeliharaan
sarap ini hendaklah dimasukkan kedalam guni dan dimusnahkan. Biasanya sarap
jenis ini tidak disukai untuk dijadikan baja kerana berkayu.
Najis dari bangsal pengeluaran hendaklah
sentiasa dikeluarkan. Najis hendaklah dibegkan dan boleh digunakan sebagai baja.
Tentukan penyimpanan yang teratur dan bersih serta kering.
Bangkai puyuh hendaklah dimasukkan kedalam beg
dan dimusnahkan samada dibakar atau ditanam. Peraturan alam sekitar perlu
dipatuhi.
Menyimpan, menganalisa dan menggunakan rekod adalah penting untuk menentukan kejayaan penternakan puyuh penelur. Perlu diadakan dokumentasi yang teratur akan perancangan kemasukan/penyingkiran, peraturan pengurusan dan perkara-perkara lain. Rekod pengeluaran telur disimpan dan dibanding dengan piawaian pembekal keatas prestasi puyuh tersebut. Segala masalah perlu diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan kerugian.
PANDUAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING
PANDUAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING, IBU PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA
2. BAKA ANAK AYAM PEDAGING.
Perolehan baka ayam pedaging yang baik amatlah penting. Pemilihan baka yang berpotensi dan sesuai perlu diberi pertimbangan utama untuk jaminan hasil yang bermutu dan keuntungan. Pengurusan di peringkat anak penting dan agak rumit di dalam pengurusan ayam. Sesuatu perusahaan ayam tidak akan berjaya sekiranya anak ayam tidak diurus dengan sempurna. Penjagaan yang rapi diperlukan untuk mendapat faedah sepenuhnya dari potensi genetik sesuatu baka yang dipelihara.
Sumber anak ayam.
Malaysia mengeluarkan 60 – 70 % anak ayam pedaging ke pasaran tempatan dan selebihnya diimport dari Negara yang bebas dari penyakit tertentu dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kini terdapat 29 buah syarikat Integrator dan bukan integrator ayam pedaging baka yang mengeluarkan anak ayam pedaging antara 1.35 ke 110 juta setahun pada tahun 2006.
Ciri ciri lokasi ladang yang baik:
4. SISTEM PEMELIHARAAN.
Ayam pedaging dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa.
Sistem Lantai Sarap
5. KEPERLUAN PENTERNAKAN.
Reban Terbuka
Kakitangan digalakan memakai boot
dan dicucihama sebelum dan selepas masuk reban.
Raga yang digunakan untuk mengangkut
ayam dibersih dan dicucihama selepas setiap kali digunakan.Reban yang memelihara ayam yang
disyaki berpenyakit hendaklah dicucihama peralatan yang digunakan menggunakan
ubat basmi kuman yang baik dan reban dikosongkan untuk tempoh yang lebih lama.
PANDUAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING, IBU PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA
1. PENGENALAN.
Pengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap saradiri sejak tahun 1981. Pada tahun 2006, aktiviti pengeluaran ayam daging tempatan menyumbangkan lebih kurang 70% daripada keseluruhan bekalan daging negara. Walaupun memberi pulangan yang cepat, pemeliharaan ayam daging bukanlah satu pekerjaan yang mudah diusahakan.
Pemeliharaan ayam daging terdedah kepada banyak faktor yang boleh mempengaruhi untung-rugi dan daya maju seseorang pengusaha. Antaranya adalah ketidakstabilan harga pasaran, harga imput seperti makanan dan bahan binaan, cuaca yang berubah-ubah dan penyakit. Ayam juga memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang cekap. Pemeliharaan ayam memerlukan perancangan yang teliti bermula dari peringkat penubuhan ladang,pengurusan sehinggalah ke pasaran.
Kos pengeluaran ayam pedaging telah meningkat sebanyak RM2.06 sekilogram iaitu dari RM1.61 pada tahun 1998 ke RM3.67 sekilogram pada tahun 2006.Pada bulan Oktober 2004 harga siling ayam pedaging di ladang telah ditetapkan pada harga RM4.00 sekilogram.
2. BAKA ANAK AYAM PEDAGING.
Perolehan baka ayam pedaging yang baik amatlah penting. Pemilihan baka yang berpotensi dan sesuai perlu diberi pertimbangan utama untuk jaminan hasil yang bermutu dan keuntungan. Pengurusan di peringkat anak penting dan agak rumit di dalam pengurusan ayam. Sesuatu perusahaan ayam tidak akan berjaya sekiranya anak ayam tidak diurus dengan sempurna. Penjagaan yang rapi diperlukan untuk mendapat faedah sepenuhnya dari potensi genetik sesuatu baka yang dipelihara.
Malaysia mengeluarkan 60 – 70 % anak ayam pedaging ke pasaran tempatan dan selebihnya diimport dari Negara yang bebas dari penyakit tertentu dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kini terdapat 29 buah syarikat Integrator dan bukan integrator ayam pedaging baka yang mengeluarkan anak ayam pedaging antara 1.35 ke 110 juta setahun pada tahun 2006.
2.2 Baka.
Kesemua ayam yang wujud pada masa ini berasal daripada ayam hutan iaitu Gallus gallus atau Gallus bankiva. Terdapat pelbagai jenis baka dan strain ayam yang telah diubahsuai untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
2.3 Mutu Anak Ayam.
Anak ayam dibeli dari baka yang bermutu, diiktiraf dan bersesuaian dengan pasaran.
Ciri-ciri Anak Ayam Yang Bermutu:- Mempunyai berat sekurangnya 35 gram dan saiz yang seragam.
- Mempunyai mata yang bulat dan bersinar.
- Kelihatan sihat dan cergas.
- Bulu badan berada dalam keadaan kering dan kembang.
- Pusat yang kering.
- Dubor bersih(tidak dilekati dengan najis).
- Tiada kecacatan.
- Mempunyai ketahanan penyakit yang baik.
- Penukaran makanan yang baik.
- Tumbesaran yang baik dan boleh dipasarkan dengan cepat.
- Kos pengeluaran yang rendah.
- Kadar keseragaman yang tinggi.
- Bentuk badan mengikut kehendak pasaran.
3. LOKASI LADANG.
Untuk membuka sesebuah ladang ayam daging, pengusaha hendaklah memilih lokasi yang sesuai. Pemilihan lokasi yang kurang sesuai boleh menjejaskan kecekapan operasi dan dayamaju perladangan.Ciri ciri lokasi ladang yang baik:
- 0.20 kilometer dari kawasan perbandaran, perumahan, pelancongan,perindustrian, penempatan dan kemudahan awam.
- Jauh dari sumber takungan air bersih untuk kegunaan awam.
Mempunyai prasarana yang baik untuk tujuan pengangkutan barangan ‘input’ dan ‘output’ ladang.Mempunyai kemudahan komunikasi segera.
- Masterplan lokasi untuk perkembangan projek akan datang.
Jauh dari tasik, kolam dan sungai yang selalu disinggahi burung hijrah.
Sistem saliran air yang baik tanpa masaalah air bertakung atau banjir.
Ventilasi yang baik tidak kurang dari 0.5 kilometer dari ladang unggas lain.
Dataran tanah yang membolehkan paksi panjang reban menghala ke arah timur / barat dan tepinya menghala utara /selatan. untuk mengurangkan pancaran matahari ke dalam reban.
4. SISTEM PEMELIHARAAN.
Ayam pedaging dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa.
- Lantai tinggi / bawah daripada kayu / simen.
- Keluasan lantai dari 0.80 ke 1.00 kaki persegi seekor.
Sistem Lantai Sarap
Lantai reban diperbuat dari simen dan ditutupi dengan sarap kayu / jerami padi.Jenis sarap yang digunakan bergantung samada ianya mudah diperolehi, sesuai untuk menyerap air dan murah harganya. Jenis-jenis sarap yang biasa digunakan ialah ketaman kayu, jerami dan sekam padi. Sarap diisikan setebal 8 – 10sm dari lantai.
Sistem Lantai Tinggi
Lantai reban dinaikkan lebihkurang 1.8 meter dari paras tanah. Lantai biasanya diperbuat dari kayu berketam berukuran 2.54sm x 2.54sm dan diatur jarak 2.54sm antara dua kayu. Lantai boleh juga diperbuat dari BRC keras (sejenis dawai) berukuran 2.54sm x 2.54sm.
5. KEPERLUAN PENTERNAKAN.
5.1 PERUMAHAN.
Ayam pedaging memerlukan persekitaran pemeliharaan yang selesa untuk pertumbuhan yang baik. Perumahan yang disediakan hendaklah
lengkap dengan persekitaran dalaman dan luaran yang memberikan keselesaan kepada ayam dengan kadar kos binaan yang paling ekonomik.
5.1.1 Jenis Reban.
Reban Terbuka
- Dinding reban terbuka, dibuat dari dawai punai atau jaring.
- Setingkat atau dua tingkat.
- Reban ditutup keseluruhannya sepanjang masa.“curtain” dibuka apabila perlu.
- Persekitaran (suhu, kelembapan dan peredaran udara) di dalam reban dikawal.
- Udara masuk dan keluar dikawal menggunakan kipas.
- Dua kaedah kawalan persekitaran “evaporative cooling system” dan “tunnel ventilation” boleh digunakan.
- Setingkat atau dua tingkat.
5.1.2 Kedudukan binaan reban.
Reban di bina dengan kedudukan paksi panjang mengikut arah timur-barat. Binaan sedemikian akan dapat mengelakkan pancaran
terus cahaya matahari ke dalam reban. Jarak di antara reban tidak kurang dari 15 meter untuk mengawal perebakan penyakit dari
satu reban ke reban lain. Pastikan tidak ada pokok-pokok besar atau bangunan berdekatan dengan reban yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna .
5.1.3 Rekabentuk reban.
Ciri utama dalam menentukan
rekabentuk reban ayam
·
Tahan lama dan kos yang ekonomik.
·
Mudah diselenggara.
·
Kos penyelenggaraan yang ekonomik.
·
Pengawalan haiwan pemangsa yang
berkesan.
·
Ventilasi dalam reban yang optimum
dan selesa.
5.1.4 Ukuran Reban
Lebar Reban
·
5.5 m - 12.2 m bergantung kepada
saiz reban yang hendak dibina
·
Lebar yang kurang dari 5.5 m akan
menyebabkan reban kelihatan runcing dan tidak sesuai bagi reban yang panjang.
Panjang Reban
·
Bergantung kepada jumlah ayam yang
hendak dipelihara.
·
Keluasan lantai di antara 7 - 10
ekor untuk tiap-tiap 1 meter persegi.
·
Lebih kurang 0.8 kaki persegi/ekor
untuk reban tertutup dan 1.1 - 1.2 kaki persegi / ekor untuk reban terbuka.
Contoh :
Untuk memelihara 1,000 ekor ayam
daging dengan menggunakan 10 ekor/meter persegi.
Jumlah luas lantai yang diperlukan =
1,000 / 10
= 100 meter persegi
Lebar reban yang dipilih = 7 meter
Oleh itu panjang reban = 100 / 7
= 14.3 meter
Ukuran reban yang diperlukan adalah
7 meter x 14.3 meter
5.1.5 Rekabentuk dan bahan Bumbung /
atap.
- Rekabentuk bumbung reban berperanan penting dalam memastikan peredaran udara di antara reban dan persekitaran yang sempurna.
- Menggunakan bahan yang dapat mengurangkan bahang panas, tahan lama dengan kos yang berpatutan.
- Jenis aluminium amat sesuai kerana daya pembalikan haba yang tinggi dan sesuai dengan iklim negara ini.
5.2 PERALATAN MAKANAN DAN MINUMAN
Menggunakan peralatan komersial
automatic atau manual adalah lebih sesuai dan ekonomik. Peralatan plastic /
logam lebih baik dari kayu kerana mudah dicuci (sucihama) dan tahan lama.
Peralatan makanan dan minuman sentiasa diperiksa untuk mempastikan berfungsi
baik dan pada susunan jarak yang sesuai.
5.3 MAKANAN DAN MINUMAN.
·
Makanan ayam perlu sesuai dengan
peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik.
·
Tempoh dan jenis makanan diberi akan
mempengaruhi kecekapan kos pengeluaran.
·
Makanan permulaan(crumble) = 1 - 28
hari
·
Makanan penghabisan(pellet) = 29
hari hingga dipasarkan
·
Bekalan air minum bersih perlu
sentiasa ada. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku kerana kekurangan air.
·
Pengambilan air bergantung kepada
keadaan suhu alam keliling, kelembapan kandungan makanan,pengambilan makanan
dan pergerakan.
·
Ayam akan minum 2 kali ganda dalam
keadaan suhu yang panas daripada keadaan suhu biasa. Lazimnya ayam akan minum 2
kali ganda jumlah berat makanan yang dimakan.
5.4 KESIHATAN.
Ayam yang sihat serta bermutu
mempunyai ketahanan melawan penyakit yang baik. Adalah penting penternak
memeriksa kesihatan ayam setiap hari supaya tindakan awal mengawal pencemaran
dapat diambil. Program kesihatan ternakan adalah melalui biosekuriti, pelalian
dan rawatan.Bagaimanapun kadangkala kumpulan ayam masih diserang penyakit dan perlu
dirawat. Sekiranya berlaku demikian, penternak dinasihatkan berhubung dengan
Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan
ketentuan jenis penyakit dan perubatan yang diperlukan.
5.4.1 Pelalian Penyakit.
Di peringkat awal anak - anak ayam
mungkin di lindungi oleh antibodi dari ibu (maternal antibody). Apabila ayam
meningkat umur perlindungan dari antibodi maternal menurun. Ayam perlu diberi
pelalian untuk mencegah penyakit yang merbahaya dan berisiko tinggi.
Jenis Pelalian
Program pelalian sebenar bagi
sesebuah ladang perlu diatur dan disesuaikan dengan corak pengurusan ladang,
keadaan penyakit dan kawasan ladang.
Contoh: Program pelalian sebagai
panduan.
5.4.2 Rawatan penyakit.
Hanya ubat yang diluluskan oleh
pihak berkuasa sahaja dan penggunaan ubat untuk rawatan atau kawalan penyakit
pada tahap paling minimum disyorkan.
5.4.3 Biosekuriti.
Perlaksanaan biosekuriti ladang yang
baik dan mengamalkan amalan perladangan yang baik dapat membantu mengurangkan risiko
kemasukan dan perebakan penyakit ke dalam ladang.
Di antara langkah biosekuriti yang
perlu diamalkan adalah:
·
Memagar sekeliling kawasan
pengeluaran ladang
menggunakan “chain-link” setinggi
6-10 kaki.
·
Menyediakan peralatan pembasmikuman
bertutup untuk mencelup
tayar kenderaan.
·
Menyediakan peralatan pembasmikuman
bertutup untuk mencelup
kaki pekerja dan pelawat.
·
Penggunaan ubat-ubatan, vaksin dan
pembasmikuman berjadual.
·
Hanya satu laluan keluar masuk di
ladang.
·
Perolehan anak ayam dari ladang baka
yang diikhtiraf SALT.
·
Mengamalkan prosedur amalan
perladangan yang baik.
6. PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING.
Penternakan ayam pedaging perlu
diurus dengan rapi untuk prestasi pertumbuhan dan pengeluaran yang maksimum.
6.1 PERINGKAT PERINDUKAN.
Pengurusan anak ayam semasa
perindukan amatlah penting dan merupakan suatu peringkat pemeliharaan yang
rumit didalam pengurusan ayam.Kejayaannya bergantung kepada perumahan yang
baik, suhu dan peredaran udara yang dijaga sempurna. Sebaik-baik reban perindukan
adalah yang bertutup tetapi membolehkan peredaran udara yang sempurna, dapat
mengelakkan kesejukan dan kehilangan hawa panas dari reban ke alam sekitar.
Dinding reban perlu ditutup samada dengan kertas atau plastik di sekelilingnya.
6.1.1 Menyelenggara Alat Perindukan.
Pembersihan alat perindukan
hendaklah dijalankan selepas sahaja tamat perindukan. Sebarang kerosakan
perlulah dibaiki. Peralatan perindukan disucihama dan disimpan dalam stor
dengan baik untuk kegunaan kumpulan berikutnya.
6.1.2 Menyediakan Ruang Perindukan.
·
Kepungan perindukan dibuat untuk
mempastikan anak-anak
ayam berada dekat dengan sumber haba
untuk beberapa
hari.
·
Kepungan dibuat dari kadboard, papan
lapis atau kawat jaring
halus 1 sm setinggi lebih kurang 45sm dengan
ukuran rentas lebihkurang 214sm.
·
Alaskan lantai dengan sarap dari
ketaman kayu / papan,
jerami padi setebal 8sm - 10sm .
·
Sediakan satu bekas berisi larutan
disinfektan untuk
pembasmian kuman kasut sebelum masuk
ke reban.
6.1.3 Kelengkapan Perindukan.
Alat Pemanas (Induk Hover )
Alat pemanas haba seperti pemanas
gas, elektrik atau pemanas lampu dipasang sebagai unsur haba. Alat pemanas gas
berkuasa 30,000 BTU boleh digunakan untuk 500 ekor anak ayam. Pastikan bilangan
anak ayam yang sesuai untuk sesuatu jenis alat pemanas yang digunakan.
Bekas Makanan dan Bekas Air
Dulang makanan dan tabung air
hendaklah diatur berselangseli supaya anak-anak ayam dapat ke tempat makanan
dan minuman dengan mudah. Sebuah dulang makanan berukuran 46 sm x 46 smcukup
untuk 100 ekor anak ayam. Jika menggunakan palong makanan berikan ruang makan
2.5 sm seekor. Tabung air bermuatan 9 liter sesuai dan cukup untuk 100 ekoranak
ayam umur 1 hingga 14 hari
6.1.4 Persediaan Menerima Anak Ayam.
Nyalakan api alat pemanas
Nyalakan api alat pemanas
sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ketibaan anak ayam untuk memanaskan kawasan
perindukan dan mendapatkan suhu kawasan perindukan yang sesuai.
Isikan makanan dan air minuman
Isikan makanan
permulaan ke dalam dulang makanan. Jangan isi
terlalu penuh kerana anak-anak ayam tidak makan banyak ketika ini dan untuk
mengelakkan pembaziran makanan kerana dikais atau dikotori najis. Isikan air
bersih / vitamin atau ‘antistress’ ke dalam tabung air (penuh).
6.1.5 Ketibaan anak ayam.
·
Anak ayam dikira dan dimasukan
segera ke tempat
perindukan. Lakukan pelalian vaksin
jika perlu.
·
Anak ayam diberi minum sebaik tiba.
Ajar anak ayam
minum jika menghadapi kesukaran
mengenal bekas air
minuman. Air minuman perlu diganti
setiap hari dan
sentiasa cukup.
·
Makanan digalakkan diberi kemudian.
·
Kerap melawat perindukan dan
perhatikan taburan anakanak
ayam untuk mempastikan bahawa suhu
perindukan adalah sesuai dan anak-anak ayam minum serta makan.
·
Besarkan ruang perindukan selaras
dengan pertumbuhan
·
saiz anak-anak ayam.
6.1.6 Pemantauan Suhu Perindukan.
- Suhu perindukan yang sesuai adalah dalam lingkungan 200C hingga 300C dan dipantau sentiasa. Suhu yang sesuai dapat dilihat daripada perangai dan pertaburan anak-anak ayam dalam ruang perindukan.
- Unsur haba dipasang 24 jam berterusan pada minggu pertama. Sekiranya keadaan terlalu panas, alat pemanas boleh dipadamkan atau kepanasan dikurangkan.
- Minggu kedua hover hanya dinyalakan diwaktu malam sahaja
6.1.7 Singkiran / Pelupusan Anak
Ayam Mati dan Lemah.
·
Anak-anak ayam yang mati dilupuskan
dengan segera secara
sistematik.
·
Anak-anak ayam yang lemah dan tidak
sempurna diasingsingkirkan
kerana akan mengurangkan kecekapan kos pengeluaran.
6.1.8 Membuka kepungan.
Setelah cukup 2 minggu, kepungan
perindukan dan penutup dinding boleh dibuka dan dibiarkan ayam bebas dalam
reban. Perindukan satu reban Perindukan kepungan
6.2 PERINGKAT PEMBESARAN.
Peringkat pembesaran ini ayam
berumur antara 4 minggu hingga dijual. Pengurusan makanan, minuman, kebersihan
dan kesihatan yang betul dan baik akan menghasilkan pengeluaran yang maksimum.
6.3 PEMAKANAN.
Pemberian makanan yang sempurna
mestilah dilakukan untuk menjamin pembesaran badan yang cepat dan penjimatan
kos. Kos makanan adalah kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kos
pengeluaran ayam daging. Dari itu penternak haruslah mengambil perhatian berat
ke atas pengurusan makanan. Elakkan pembaziran makanan kerana ini akan menjejaskan
keuntungan.
6.3.1 Jenis makanan
Makanan ayam yang diberi mengikut
peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik. Tempoh dan jenis makanan akan
mempengaruhi kecekapan kos pengeluaran.
Jenis Makanan Umur Ayam
·
Makanan permulaan 1 - 28 hari( jenis
crumble )
·
Makanan penghabisan 29 hari hingga
dipasarkan( jenis pellet )
6.3.2 Jenis, Ruang dan Kedudukan
Bekas Makanan.
Pengurusan peralatan makanan
Pengurusan peralatan makanan
disesuaikan dengan umur, saiz dan bilangan ayam yang dipelihara. Bekas dan
ruang makanan perlulah mencukupi supaya semua ayam berpeluang untuk makan tanpa
bersesak.Ruang makan yang tidak mencukupi akan menjejaskan peluang ayam yang
kecil dan lemah dari mendapat makanan yang cukup,dan menyebabkan kecederaan dan
pembesaran ayam tidak sekata.
Bekalan makanan
Pastikan makanan ayam diberi
mengikut peringkat umur dan sentiasa ada .
Bekas makanan gantung
Sediakan satu bekas makanan ukuran
rentas 40.6 sm untuk 30 ekor ayam. Makanan diisi 3/4 paras sahaja untuk mengelak
pembaziran.
Palong makanan
Sediakan keluasan ruang makan 5.0 -
7.5 sm untuk setiap ekor ayam. Makanan diisi tidak melebihi ½ paras dan perlu diisi
beberapa kali sehari untuk mempastikan makanan diberi mencukupi dan sentiasa
ada.
6.3.3 Penyelenggaraan Bekas Makanan.
Paras ketinggian bekas makanan
·
Bekas makanan perlu disesuaikan
ketinggiannya mengikut pembesaran
ayam. Ketinggian yang sesuai adalah apabila ayam berdiri, hujung bekas makanan
sama dengan paras belakang ayam.
·
Paras yang rendah akan menyebabkan
ayam kais makanan dengan muncung / kaki dan menyebabkan pembaziran makanan.
·
Paras yang tinggi pula akan
menjejaskan ayam yang kecil dari mendapat makanan. Elakan ayam berjalan jauh untuk mendapatkan
makanan.
6.3.4 Mutu dan Simpanan Makanan.
Mutu makanan
Makanan diperolehi dari pembekal
makanan yang terkenal dengan baik mutu makanannya. Makanan yang kurang kualiti
dan rosak akan menjejaskan kesihatan ayam.
Simpanan makanan
Makanan disimpan secara teratur
ditempat yang berventilasi baik dan bersih. Tempat yang bersuhu tinggi akan
menyebabkan makanan cepat menjadi ‘rancid”, rosak dan kehilangan zat pemakanan
manakala makanan akan mudah berkulat jika ditempat yang lembab.Setor makanan hendaklah
tidak telus tikus(rat proof). Jika tidak dapat dielakan sediakan perangkap atau
racun tikus kerana tikus boleh membawa penyakit.
6.4. Air Minuman.
Badan ayam mengandungi lebih kurang
70 peratus air. Air sangat penting dalam kehidupan ayam untuk proses-proses
dalam badan dan untuk kawalan suhu. Memandangkan pentingnya air kepada ayam,
pengawasan pemberian air perlu diberi perhatian terutama sekali di musim panas.
6.4.1 Pemberian Air Minuman.
·
Bekalan air minum bersih yang
mencukupi dan sentiasa ada.
·
Pengambilan air bergantung kepada
keadaan suhu alam keliling,kelembapan kandungan makanan serta pengambilan
makanan dan pergerakan.
·
Lazimnya ayam minum 2 kali ganda
jumlah berat makanan yang dimakan.
·
Semasa keadaan suhu panas ayam akan
minum 2 kali ganda daripada
keadaan suhu biasa.
·
Kadar kematian yang tinggi boleh
berlaku kerana kekurangan air.
6.4.2 Ruang Minum dan Kedudukan
Bekas Minuman.
Ruang minun
Ruang minum yang cukup perlu diberi
kepada setiap ekor ayam supaya semua ayam berpeluang untuk minum tanpa
bersesak.
Peringkat 1 hingga 10 -14 hari :
Satu tabung air bermuatan 9 liter
adalah untuk 100 ekor anak ayam.
Peringkat membesar
Gunakan bekas minuman gantung
automatik untuk memudahkan pengurusan dan tahan lama. Sekiranya menggunakan
palong air, keluasan 2 sm diberikan bagi seekor.
6.4.3 Penyelenggaraan Bekas Minuman.
Ketinggian bekas minuman
·
Ketinggian dan kedudukan bekas
minuman perlu diselaraskan
dan diatur dengan baik mengikut pembesaran ayam. Ketinggian yang sesuai adalah
paras bibir bekas minuman pada paras belakang ayam.
·
Paras air bekas minuman gantung
automatik adalah ¼ daripada
kedalaman bibir bekas minuman dan perlu diawasi selalu.
·
Bekas minuman diperiksa selalu untuk
mempastikan sentiasa
berfungsi baik. Bekas yang rosak menyebabkan tiada bekalan air, bocor atau air
melimpah, dan najis basah.
6.4.4 Mutu Air Minuman.
Berikan ayam air yang bersih,
bermutu dan tidak tercemar. Air minum hendaklah pada pH 6.5 - 8.0, warna, rasa,
bau dan suhu yang dapat diterima oleh ayam. Air minuman hendaklah dirawat dengan
klorin. Air minuman yang mengandungi kadar galian yang tinggi boleh menjejaskan
kesihatan.
6.5 KESIHATAN.
Ayam yang sihat serta bermutu
mempunyai ketahanan melawan penyakit yang baik. Adalah penting penternak
memeriksa kesihatan ayam setiap hari supaya tindakan mengawal penyakit dapat
diambil awal. Program kesihatan ternakan merangkumi semua aspek kebersihan ladang
seperti pengurusan pembersihan reban dan peralatan, biosekuriti ladang dan pengawalan
penyakit.
Bagaimanapun kadangkala kumpulan
ayam masih diserang penyakit dan perlu dirawat. Sekiranya berlaku demikian,
penternak dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau
pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan ketentuan jenis penyakit dan perubatan
yang diperlukan.
6.5.1 Pembersihan Reban.
Reban ayam pedaging perlu
dibersihkan dengan sempurna setelah tamat pemeliharaan sesuatu kumpulan ayam.
Ini adalah untuk menjamin reban bersih daripada kekotoran dan kuman penyakit.
Membuang Saraf dan Najis.
Sistem lantai sarap
Setelah semua ayam dijual, kerja
pembersihan dimulakan dengan mengeluarkan sarap lama.
Sistem lantai tinggi
Najis yang terdapat di bawah reban
perlu dibersihkan dahulu. Sisa ini dilupuskan atau dikeluarkan dari ladang
dengan sempurna atau diproses sebagai baja. Reban disapu bersih untuk membuang
saki baki najis, sawang dan lain-lain kotoran.
Mencuci Peralatan dalam Reban.
Bekas makanan dan minuman manual
Bekas makanan dan minuman
dikeluarkan dari bangsal untuk dicuci. Gunakan bekas air yang berlainan untuk
merendam bekas makanan dan minuman. Gunakan ubat pencuci semasa merendam dan
dibilas dengan air bersih, disucihama, dikeringkan dan disimpan di tempat khas
sehingga diperlukan.
Bekas minuman automatik
Bekas minuman automatik dicuci
didalam reban bersama-sama dengan pencucian reban. Tapisan di dalam bekas
minuman perlu dibuka dan dibersihkan.
Menyapu Bersih Reban.
Setelah najis, sarap dan peralatan
dikeluarkan, seluruh reban termasuk bumbung dan atap perlu disapu bersih.
Semburan Racun Serangga dan Racun
Kutu.
Setelah disapu bersih, reban
disembur dengan racun serangga yang tidak memudaratkan manusia dan binatang
ternakan. Sembur racun kutu jika ada masaalah kutu ayam. Keseluruhan reban
termasuk kawasan bumbung, atap dan celah-celah kayu perlu disembur. Semburan
mestilah rata dan basah mengikut bancuhan yang disyorkan oleh pengeluar racun. Gunakan
langkah-langkah keselamatan apabila menyembur racun. Setelah itu biarkan
bangsal satu hingga dua hari. Sapu dan buang serangga serangga yang mati di
reban.
Mencuci reban
Reban dicuci dengan menggunakan air
pam bertekanan tinggi untuk pembersihan reban lebih sempurna. Pembersihan
secara manual menggunakan sabun yang disyorkan boleh juga dijalankan. Reban
termasuk kawasan bumbung dicuci sehingga bersih. Setelah reban dicuci, dibilas
dengan menggunakan air yang bersih dan dibiarkan kering.
Semburan Racun Pemusnah Kuman
Setelah kering, reban disembur
dengan racun pembasmi kuman.Semburan hendaklah dilakukan dengan teratur dan
sempurna.Semburkan kawasan dalam dan luar reban sehingga basah.Gunakan racun
pembasmi kuman dengan bancuhan sebagaimana yang disyorkan oleh pengeluar racun
sahaja.
Mengosongkan Reban
Setelah disembur dengan racun
pembasmi kuman, reban perlulah dikosongkan selama 2
minggu.Tujuannya ialah untuk pengawalan penyakit yang lebih baik kerana tempoh
ini menghalang pusingan hidup kebanyakan kuman penyebab penyakit. Sekiranya reban
dibiarkan kosong lebih 2 minggu semburan racun pembasmi kuman kedua adalah disyorkan. Selepas reban bersih dan kering maka
hendaklah dibuat persiapan untuk menerima kedatangan anak-anak ayam baru.
6.5.2 Kawalan Penyakit.
Ayam yang sihat serta bermutu mempunyai
ketahanan melawan penyakit yang baik, dapat menggunakan makanan dengan cekap serta
tumbesaran yang baik. Penyakit boleh menjejaskan kecekapan ladang dan kerugian
kerana menyebabkan kematian ayam, terjejas pertumbuhan, meningkatkan kos
rawatan dan kawalan, meningkatkan kadar asingsingkir , kehilangan kualiti dan kemungkinan
kehilangan pasaran. Oleh itu adalah penting bagi penternak memeriksa kesihatan
ayam setiap hari supaya tindakan mengawal jangkitan dan perebakan penyakit
dapat diambil awal. Adalah dinasihatkan agar penternak menghubungi Pejabat
Veterinar yang berhampiran atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan
nasihat berkenaan dengan program pelalian penyakit. Penyakit boleh dikawal
melalui tiga cara iaitu biosekuriti, pelalian dan rawatan iaitu kaedah dalam
amalan perladangan yang baik.
Biosekuriti Ladang
Program biosekuriti yang baik dapat
membantu mengurangkan risiko kemasukan penyakit ke dalam ladang dan
perebakannya.
Sumber bekalan anak ayam
Sumber bekalan anak ayam dari ladang
baka atau ladang penetasan yang di ketahui status penyakitnya dan diiktiraf
(SALT).
Pagar ladang
Kawasan ladang dipagar
keseluruhannya untuk menghalang orang atau haiwan yang tidak berkenaan memasuki
kawasan ladang. Unit pengeluaran dipagar untuk mengawal semua pergerakan dalam
dan luar ladang.
Jarak bangunan
Bangunan dibina pada jarak yang
bersesuaian daripada jalan terutama jalan yang kerap digunakan oleh kenderaan
mengangkut ayam. Jarak antara bangunan reban lebih dari 15 meter dan lebih jauh
jarak lebih rendah risiko perebakan jangkitan penyakit.Bangunan selain dari
unit pengeluaran dibina berhampiran pintu masuk utama.
Kemudahan Cucihama
Kemudahan pencuci hama automatik
disediakan di pintu masuk utama untuk cucihama sebarang kenderaan yang masuk ke
kawasan ladang. Pencelup kaki disediakan di setiap pintu masuk ke unit
pengeluaran.
Laluan ladang
Hanya satu laluan keluar masuk
sahaja disediakan untuk mempastikan kawalan pergerakan keluar masuk ladang.
Larangan memelihara haiwan lain
Orang dan haiwan lain selain
kakitangan ladang tidak digalakan memasuki kawasan ladang.Tiada ayam atau
unggas lain boleh dipelihara bersama di dalam lading termasuk pekerja
ladang.Anjing jika dipelihara untuk kegunaan ladang hendaklah dijaga dengan
ketat dan tidak merayau ke kawasan ladang jiran.
Umur ternakan
Mengamalkan pemeliharaan sekali
masuk sekali keluar untuk mengurangkan risiko penyakit. Jika ladang memelihara
berbagai peringkat umur,pergerakan kakitangan, peralatan dan kenderaan
hendaklah dari ayam muda kepada ayam tua.
Basmi Kuman
Membasmi kuman menggunakan bahan
yang baik dengan kaedah yang betul membantu mengurangkan bilangan kuman di
kawasan tercemar pada paras yang tidak membolehkan jangkitan berlaku.
Menukar penggunaan sesuatu jenis
ubat basmi kuman selepas tempoh tertentu untuk mengelakan pembentukan kekebalan
adalah digalakan.
Kemudahan lain
Mengelakkan meminjam peralatan atau
kenderaan di antara reban atau ladang lain.
Pembuangan Ayam Mati
Ayam yang mati dimusnahkan segera dengan
sempurna. Ayam mati disebabkan penyakit adalah satu punca penyebaran
penyakit.Jika tidak dilupuskan dengan sempurna ia mungkin akan dimakan oleh
kucing, anjing , haiwan-haiwan liar yang lain atau serangga.Tikus, kucing,
anjing dan serangga lain yang memakan bangkai ayam ini boleh menyebabkan
perebakkan penyakit di dalam ladang atau ke ladang lain. Cara memusnahkan ayam
mati yang disyorkan ialah dengan membakar di dalam ‘incenerator’ untuk mengelakkan pencemaran udara.
Subscribe to:
Posts (Atom)