ANTARA PUNCA PERNIAGAAN GAGAL
- Artikel iluvislam.com
Sudah banyak kita dengar daripada peniaga dan penulis mengenai kenapa sesebuah
perniagaan itu gagal. Banyak sebab seperti :
1. Tidak mendapat pinjaman
2.
Lokasi yang salah
3. Masalah pekerja
4. Pengurusan yang tidak
terurus
5. Persaingan
6. Berkembang terlalu cepat
Ini belum lagi yang
mengatakan sebab-sebab seperti terkena sihir atau buatan orang.
Namun
sebab-sebab ini biasanya akan menuding jari ke arah orang lain. Malah sebab yang
sebenar-benarnya akan terkubur tanpa dinyatakan. Jadi dalam artikel ini saya
akan menerangkan antara sebab-sebab sesebuah perniagaan itu gagal yang tidak
dinyatakan kepada kita.Kenapa sebab-sebab sebenar ini tidak dinyatakan? Mungkin
kerana sebab sebenar ini akan menyakiti ego pemilik perniagaan yang gagal.
Sudahlah gagal, terpaksa pula menerima kesalahan diri sendiri. Ini bagaikan
jatuh ditimpa tangga. Jadi mereka fikir,adalah lebih baik meletakkan sesuatu
kesalahan itu di atas faktor luaran.
Jadi apa pentingnya kita kenal kesalahan
yang sebenar ?
Ini penting untuk usahawan menilai dengan sebenar-benarnya
kenapa sesuatu perniagaan itu gagal dan mengambil pengajaran untuk membangunkan
perniagaan lain di masa hadapan.
Sebab-sebabnya ialah:-
1. Perniagaan
Yang Menumpukan Kepada Keuntungan Cepat
Ramai yang akan menghubungi saya
kira-kira 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka untuk memulakan perniagaan.
Alasan mereka "Saya ingin buat bisnes untuk cari duit untuk kahwin".Ini satu
penyakit yang dihadapi sesetengah orang. Mereka fikir perniagaan ini boleh
membawa keuntungan yang cepat dalam beberapa bulan.Fokus seperti ini adalah
salah. Membangunkan sesebuah perniagaan adalah seperti melahirkan bayi. Pada
awalnya, kita yang perlu mengeluarkan duit dan keringat untuk membangunkan
perniagaan ini.Setelah beberapa tahun, barulah kita boleh menuai hasil dari
pelaburan itu tadi. Jadi untuk membuat keuntungan sebenar serta meneruskan
perniagaan untuk tempoh masa yang lama, kita perlu meletakkan fokus jangka masa
panjang dan bukan 6 bulan sebelum berkahwin.
2. Perniagaan Memuaskan
Ego
Usahawan yang sebenar memulakan perniagaan apabila dia dapat melihat
peluang sebenar dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Namun terdapat orang
yang ingin membangunkan perniagaan atas faktor ego.Faktor ego di sini adalah
seperti membuka perniagaan untuk tujuan kelihatan 'cool' atau merasa
dengan adanya perniagaan ini status dirinya akan meningkat naik di mata
rakan-rakannya.Contohnya,seperti orang yang ingin membuat kafe atas dasar untuk
kelihatan hebat berbanding dengan orang yang membuka kafe atas dasar untuk
memulakan perniagaan.Perniagaan yang dibuat berdasarkan ego jarang berjaya. Jadi
fikirlah sebelum anda memulakan sesebuah perniagaan. Adakah anda memulakan
perniagaan ini untuk semata-mata kelihatan 'cool' atau anda memulakan
perniagaan untuk membuat keuntungan jangka panjang?
3. Masalah
Peribadi
Sewaktu seseorang manusia itu berada dalam keadaan stress atau
bermasalah, jarang sekali manusia ini akan membuat keputusan yang betul.Masalah
yang lebih besar adalah idea kreatif juga tidak akan timbul pada waktu
ini.Masalah kita boleh terjadi akibat dari pergaduhan dengan rakan, masalah
dengan isteri, penceraian, masalah anak-anak dan pelbagai masalah lain yang
tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan.Namun masalah-masalah ini akan
memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan anda. Jadi untuk membangunkan
perniagaan dengan baik, cuba elakkan atau selesaikan masalah peribadi anda
dahulu.
4. Mendapatkan Nasihat Daripada Orang Yang Salah
Kita
selesa untuk berbincang dan menceritakan masalah kita kepada rakan-rakan dan
ahli keluarga.Namun apabila berkenaan dengan perniagaan, rakan-rakan dan ahli
keluarga bukanlah orang yang sesuai untuk kita dapatkan jalan penyelesaian.Ini
biasanya berlaku apabila kita hendak memulakan perniagaan. Kita akan bertanya
kepada rakan-rakan dan keluarga kita. Kebanyakkan daripada mereka ini tidak mahu
menyakiti hati kita. Jadi mereka ini sentiada akan memberikan sokongan kepada
idea bodoh kita itu.Cuba anda fikir, jika seorang rakan anda datang dengan satu
idea bisnes, dan anda menentang idea ini. Namun rakan anda itu meneruskan dengan
idea itu dan berjaya. Adakah anda fikir rakan anda akan masih berkawan dengan
anda ? Sudah tentu hubungan anda kini telah menjadi lebih tawar. Jadi tidak ada
orang yang anda sayangi akan membuatkan anda kecewa.Jadi mereka ini tidak sesuai
untuk kita tanya pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kepada mereka inilah
kita sering menyatakan idea dan masalah perniagaan kita untuk mendapat
penyelesaian.
5. Pemilik Perniagaan Yang Tidak Pandai Berhubung Dengan
Manusia
Banyak perniagaan yang lingkup hanya kerana seseorang pemilik
perniagaan yang panas baran atau jenis orang yang tidak tahu berkomunikasi
dengan orang lain.Dalam perniagaan, kita terpaksa berhubung dengan pembekal,
pelanggan yang pelbagai kerenah, pekerja, rakan kongsi dan banyak lagi orang
lain. Jadi,jika seseorang itu tidak mampu untuk menjadi kawan dengan semua
mereka ini, tidak mungkin mereka boleh berjaya dalam perniagaan.Jadi kemahiran
berkawan adalah sangat penting. Anda juga perlu menerima hakikat tidak semua
yang anda faham itu difahami oleh orang lain dan juga sebaliknya.Kita juga perlu
menerima hakikat bahawa semua golongan yang saya sebutkan sebelum ini tidak akan
membantu perniagaan anda untuk maju jika anda bukan seseorang yang pandai
berkawan.Jadi,belajarlah untuk berkawan dengan ramai orang dari pelbagai tahap
masyarakat kerana ini adalah kemahiran wajib untuk anda berjaya dalam
perniagaan.
6. Usahawan
Yang Tidak Sepenuhnya Komited Pada Perniagaannya Terdapat usahawan yang
memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama berkerja makan gaji, ada pula yang
sudah mempunyai back-up plan jika perniagaan itu gagal.Dalam kedua
keadaan ini, kegagalan adalah satu pilihan. Kerana itu anda tidak perlu terlalu
komited kepada perniagaan anda, memandangkan jika perniagaan ini gagal, anda
mempunyai kerja tetap ataupun sudah pun mempunyai back-up plan yang
kukuh.Perniagaan akan menjadi lebih berjaya jika anda bergantung harap hidup
anda kepada perniagaan itu. Jadi anda tidak ada pilihan selain untuk berjaya dan
membuat keuntungan.Pada masa ini, otak dan fizikal anda akan melonjak ke tahap
yang jauh lebih baik daripada tahap biasa. Tidakkah apabila Tariq bin Ziyad
menawan sepanyol, beliau telah membakar kapal tentera Islam itu sendiri dan
berkata "Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan
musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan
kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran''.Apabila tidak
ada lagi jalan pulang, kita tidak ada pilihan selain untuk terus mara dan
berjaya.
No comments:
Post a Comment