Wednesday, 5 September 2012

Khasiat Daging Haiwan Burung Mengikut Hadis Rasulullah s.a.w.


Burung mempunyai dua kategori iaitu:-
1) Burung yang halal di makan
2) Burung yang haram di makan
eagles
  1. Burung yang halal di makan adalah seperti ayam,puyuh, itik, angsa, burung merpati dan lain-lain.
  2. Burung yang haram di makan adalah jenis burung yang ganas dan memiliki kuku yang tajam seperti burung helang, burung yang memakan bangkai dan burung yang tidak boleh dibunuh seperti burung hud-hud dan burung sara.

Apakah khasiat yang boleh didapati dari daging burung?
Antara khasiat-khasiat yang boleh didapati dari daging burung seperti boleh menguatkan memori ingatan seseorang itu, melembutkan suara, memperbanyakkan peghasilan air mata bagi gologan lelaki, menguatkan akal serta dapat membaikkan sistem darah manusia.
bird
Apakah pula khasiat memakan daging burung merpati jantan?
Antara khasiat-khasiat sekiranya kita memakan daging burung merpati jantan ia boleh menyembuhkan penyakit lumpuh, lembik dan kebas pada seluruh badan.
Ini pernah disebutkan dalam satu riwayat bahawa seorang hamba pernah mengadu kepada Rasulullah S.A.W tentang sesuatu penyakit dan Rasulullah pula menyuruh hamba tersebut mencari burung merpati jantan sebagai penawarnya.

KHASIAT TELUR PUYUH


Antara khasiat telur puyuh ialah :

1. Walaupun kecil namun kandungan proteinnya cukup tinggi dan khasiat sebiji telur puyuh sama dengan sebiji telur ayam kampung

2. Kandungan kolestrol telah diminimakan bagi kesihatan mereka yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi.

3. Termasuk dalam kategori dietary food kerana mengandungi zat besi dan potasium lima kali lebih byk dr telur ayam

4. Pengambilan telur puyuh setiap hari mampu meningkatkan kekebalan tubuh dan memperbaiki proses metabolisme

5. Membantu mengatasi masalah alergi / alahan

6. Pengambilan telur puyuh secara berterusan dan konsisten akan menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga.

KHASIAT HAIWAN EKSOTIK

Burung Merpati
Burung Merpati diternak secara komersial di Mesir. Ia dipasarkan sebagai produk kesihatan. Haiwan berdarah panas ini boleh mengubati penyakit gout, kebas-kebas, lumpuh dan memperbaiki aliran darah dalam badan. Telurnya pula boleh mengubati penyakit asma.


Burung Puyuh
Burung puyuh mempunyai nilai gizi yang tinggi dari segi zat dan protein dalam melancarkan peredaran darah serta menguatkan tulang belakang. Ia juga dipercayai dapat membantu kesihatan kaum lelaki.


Ikan Linang
Ikan linang merupakan sejenis ikan air tawar yang aktif dan agresif. Ia dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Nama saintifik bagi ikan linang ialah Anguilla Mauritiana.
Ikan linang kuning, antara yang popular serta berkhasiat mengubati penyakit lelah, lemah tenaga batin, keputihan, lenguh-lenguh, urat saraf, dan sakit pinggang. Ikan linang mempunyai sejenis asid lemak yang dipercayai mampu memecahkan kolesterol dalam badan manusia. Selain itu, ikan linang juga boleh dijadikan minyak urut yang mampu mengubati masalah seksual terutamanya bagi kaum lelaki.


Ikan Haruan
Ikan haruan merupakan sejenis ikan air tawar. Nama saintifiknya ialah ophiocehalus striatus. Ianya mudah didapati di sungai, paya dan sawah padi.
Ikan haruan sangat berkhasiat untuk mengubati masalah luka, ruam, melecur dan kulit bersisik. Banyak pengusaha produk kesihatan telah mengkomersialkan pati ikan haruan sebagai makanan kesihatan bagi pemulihan bahagian dalaman badan.

Monday, 27 August 2012

ANTARA PUNCA PERNIAGAAN GAGAL
- Artikel iluvislam.com

Sudah banyak kita dengar daripada peniaga dan penulis mengenai kenapa sesebuah perniagaan itu gagal. Banyak sebab seperti :
1. Tidak mendapat pinjaman
2. Lokasi yang salah
3. Masalah pekerja
4. Pengurusan yang tidak terurus
5. Persaingan
6. Berkembang terlalu cepat

Ini belum lagi yang mengatakan sebab-sebab seperti terkena sihir atau buatan orang.
Namun sebab-sebab ini biasanya akan menuding jari ke arah orang lain. Malah sebab yang sebenar-benarnya akan terkubur tanpa dinyatakan. Jadi dalam artikel ini saya akan menerangkan antara sebab-sebab sesebuah perniagaan itu gagal yang tidak dinyatakan kepada kita.Kenapa sebab-sebab sebenar ini tidak dinyatakan? Mungkin kerana sebab sebenar ini akan menyakiti ego pemilik perniagaan yang gagal. Sudahlah gagal, terpaksa pula menerima kesalahan diri sendiri. Ini bagaikan jatuh ditimpa tangga. Jadi mereka fikir,adalah lebih baik meletakkan sesuatu kesalahan itu di atas faktor luaran.
Jadi apa pentingnya kita kenal kesalahan yang sebenar ?
Ini penting untuk usahawan menilai dengan sebenar-benarnya kenapa sesuatu perniagaan itu gagal dan mengambil pengajaran untuk membangunkan perniagaan lain di masa hadapan.
Sebab-sebabnya ialah:-

1. Perniagaan Yang Menumpukan Kepada Keuntungan Cepat
Ramai yang akan menghubungi saya kira-kira 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka untuk memulakan perniagaan. Alasan mereka "Saya ingin buat bisnes untuk cari duit untuk kahwin".Ini satu penyakit yang dihadapi sesetengah orang. Mereka fikir perniagaan ini boleh membawa keuntungan yang cepat dalam beberapa bulan.Fokus seperti ini adalah salah. Membangunkan sesebuah perniagaan adalah seperti melahirkan bayi. Pada awalnya, kita yang perlu mengeluarkan duit dan keringat untuk membangunkan perniagaan ini.Setelah beberapa tahun, barulah kita boleh menuai hasil dari pelaburan itu tadi. Jadi untuk membuat keuntungan sebenar serta meneruskan perniagaan untuk tempoh masa yang lama, kita perlu meletakkan fokus jangka masa panjang dan bukan 6 bulan sebelum berkahwin.

2. Perniagaan Memuaskan Ego
Usahawan yang sebenar memulakan perniagaan apabila dia dapat melihat peluang sebenar dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Namun terdapat orang yang ingin membangunkan perniagaan atas faktor ego.Faktor ego di sini adalah seperti membuka perniagaan untuk tujuan kelihatan 'cool' atau merasa dengan adanya perniagaan ini status dirinya akan meningkat naik di mata rakan-rakannya.Contohnya,seperti orang yang ingin membuat kafe atas dasar untuk kelihatan hebat berbanding dengan orang yang membuka kafe atas dasar untuk memulakan perniagaan.Perniagaan yang dibuat berdasarkan ego jarang berjaya. Jadi fikirlah sebelum anda memulakan sesebuah perniagaan. Adakah anda memulakan perniagaan ini untuk semata-mata kelihatan 'cool' atau anda memulakan perniagaan untuk membuat keuntungan jangka panjang?

3. Masalah Peribadi
Sewaktu seseorang manusia itu berada dalam keadaan stress atau bermasalah, jarang sekali manusia ini akan membuat keputusan yang betul.Masalah yang lebih besar adalah idea kreatif juga tidak akan timbul pada waktu ini.Masalah kita boleh terjadi akibat dari pergaduhan dengan rakan, masalah dengan isteri, penceraian, masalah anak-anak dan pelbagai masalah lain yang tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan.Namun masalah-masalah ini akan memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan anda. Jadi untuk membangunkan perniagaan dengan baik, cuba elakkan atau selesaikan masalah peribadi anda dahulu.

4. Mendapatkan Nasihat Daripada Orang Yang Salah
Kita selesa untuk berbincang dan menceritakan masalah kita kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.Namun apabila berkenaan dengan perniagaan, rakan-rakan dan ahli keluarga bukanlah orang yang sesuai untuk kita dapatkan jalan penyelesaian.Ini biasanya berlaku apabila kita hendak memulakan perniagaan. Kita akan bertanya kepada rakan-rakan dan keluarga kita. Kebanyakkan daripada mereka ini tidak mahu menyakiti hati kita. Jadi mereka ini sentiada akan memberikan sokongan kepada idea bodoh kita itu.Cuba anda fikir, jika seorang rakan anda datang dengan satu idea bisnes, dan anda menentang idea ini. Namun rakan anda itu meneruskan dengan idea itu dan berjaya. Adakah anda fikir rakan anda akan masih berkawan dengan anda ? Sudah tentu hubungan anda kini telah menjadi lebih tawar. Jadi tidak ada orang yang anda sayangi akan membuatkan anda kecewa.Jadi mereka ini tidak sesuai untuk kita tanya pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kepada mereka inilah kita sering menyatakan idea dan masalah perniagaan kita untuk mendapat penyelesaian.

5. Pemilik Perniagaan Yang Tidak Pandai Berhubung Dengan Manusia
Banyak perniagaan yang lingkup hanya kerana seseorang pemilik perniagaan yang panas baran atau jenis orang yang tidak tahu berkomunikasi dengan orang lain.Dalam perniagaan, kita terpaksa berhubung dengan pembekal, pelanggan yang pelbagai kerenah, pekerja, rakan kongsi dan banyak lagi orang lain. Jadi,jika seseorang itu tidak mampu untuk menjadi kawan dengan semua mereka ini, tidak mungkin mereka boleh berjaya dalam perniagaan.Jadi kemahiran berkawan adalah sangat penting. Anda juga perlu menerima hakikat tidak semua yang anda faham itu difahami oleh orang lain dan juga sebaliknya.Kita juga perlu menerima hakikat bahawa semua golongan yang saya sebutkan sebelum ini tidak akan membantu perniagaan anda untuk maju jika anda bukan seseorang yang pandai berkawan.Jadi,belajarlah untuk berkawan dengan ramai orang dari pelbagai tahap masyarakat kerana ini adalah kemahiran wajib untuk anda berjaya dalam perniagaan.

6. Usahawan Yang Tidak Sepenuhnya Komited Pada Perniagaannya Terdapat usahawan yang memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama berkerja makan gaji, ada pula yang sudah mempunyai back-up plan jika perniagaan itu gagal.Dalam kedua keadaan ini, kegagalan adalah satu pilihan. Kerana itu anda tidak perlu terlalu komited kepada perniagaan anda, memandangkan jika perniagaan ini gagal, anda mempunyai kerja tetap ataupun sudah pun mempunyai back-up plan yang kukuh.Perniagaan akan menjadi lebih berjaya jika anda bergantung harap hidup anda kepada perniagaan itu. Jadi anda tidak ada pilihan selain untuk berjaya dan membuat keuntungan.Pada masa ini, otak dan fizikal anda akan melonjak ke tahap yang jauh lebih baik daripada tahap biasa. Tidakkah apabila Tariq bin Ziyad menawan sepanyol, beliau telah membakar kapal tentera Islam itu sendiri dan berkata "Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran''.Apabila tidak ada lagi jalan pulang, kita tidak ada pilihan selain untuk terus mara dan berjaya.

Sunday, 26 August 2012

AYAM TANPA KEPALA
REFER FROM MELAYUKINI.NET
 
 
 
Pelik! Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala | Ini bukanlah satu cerita rekaan tetapi kisah benar di mana seekor ayam pelik mampu hidup selama 18 bulan tanpa kepala. Ganjil bukan? Mustahil bagi sesuatu makhluk itu hidup tanpa organ atau tubuh badan yang mencukupi tambah-tambah pulak anggota badan yang hilang tu adalah kepala! Untuk pengetahuan pembaca Melayukini.net, kejadian ayam tanpa kepala ini bermula pada 10 September 1945 atas kesilapan tuannya yang telah melakukan penyembelihan. Berkemungkin pada ketika itu ayam pelik tersebut mempunyai otak di bahagian bawah leher tetapi tidak di bahagian kepala. Sungguh luar biasa! Jom kita tengok gambar ayam pelik tersebut.
Seekor ayam jantan yang diberi gelaran Mike dilaporkan pernah hidup selama 18 bulan tanpa kepala. Kisahnya bermula pada tahun 1945 apabila pasangan petani di Fruita, Colorado berniat menyembelih beberapa ekor ternakan mereka. Mereka kemudiannya mengapak Mike seperti yang dilakukan kepada ayam lain. Selepas itu, Mike bangun seperti tiada apa yang berlaku.
 
Jadi, bagaimana Mike mampu bertahan? Saintis telah memeriksa dan mendapati bahawa Mike tidak 'dimatikan' dengan sempurna. Sebahagian besar bahagian kepala telah berpisah daripada badan tetapi sebenarnya sebelah telinga masih bersambung. Hayunan kapak terlepas urat merih dan darah membeku menghalang pendarahan berterusan yang boleh menyebabkannya mati. Bahagian otak yang mengawal kebanyakan tindak balas reflek Mike juga sebahagian besarnya tidak terjejas. Pahamkan je lah penerangan ni ye.
 
Gambar beg pakaian yang mengandungi alat untuk membantu Mike makan termasuk penitis mata yang digunakan untuk menyalurkan makanan melalui lubang di atas badannya, di mana kepala Mike sepatutnya berada.

Mike diberi makan melalui penitis mata yang terus masuk ke dalam esofagusnya.

Hope Wade, seorang penganjur yang mengenakan bayaran kepada orang ramai yang ingin menyaksikan Mike.

 

AYAM ISRAEL - AYAM TANPA BULU

REFER FROM HERE

Kesian pula tengok ayam-ayam ni bila tidak berada di dalam keadaan yang asal. Camana nak survive dari kesejukan ni? Ayam tanpa bulu pelepah ini merupakan hasil kajian seorang pakar genetik dari Israel, Avigdor Cahaner. Beliau telah mencipta genetik ayam tanpa bulu pelepah yang pertama di dunia melalui Institut Rehovot Agronomi berhampiran Tel AViv, PALESTIN. Menurut Avigdor, idea ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos untuk memproses daging ayam. Pengusaha tidak perlu mengupah lebih untuk mencabut bulu pelepah sebelum dipasarkan.

Tindakan Avigdor ini mendapat provokasi daripada masyarakat sekitar bahawa perubahan genetik ini tidak memberi manfaat kepada haiwan dan sebaliknya menjadikan haiwan itu lebih teruk keadaannya. Ayam jantan tidak dapat mengawan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai kepak untuk memikat ayam betina. Ayam-ayam ini juga lebih mudah terdedah dengan parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk dan variasi suhu serta faktor cuaca yang sesuai.

Walaubagaimanapun hal ini disangkal oleh Avigdor dan mempertahankan pendapatnya bahawa ayam-ayam ini bukan diubahsuai secara genetik dan memberi pendapat bahawa ia datang dari sat baka semulajadi yang mula wujud sejak suku abad yang lepas. Profesor tersebut spesis ini juga boleh membekalkan ayam daging pada kadar yang tinggi. Kajian ini kali pertama didengar sekitar 2002, tetapi setakat ini sudah tiada kedengaran. Kekurangan maklumat terkini di dalam media mengenai ayam ini menunjukkan ciptaan Avignor adalah tidak komersial. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Wednesday, 22 August 2012

Jenis Jenis Puyuh Penelur
 
REFER FROM = PENTERNAK JAYA JOHOR

A) Conturnix Japanica asal Jepun Pengeluaran / tahun 250-280biji
B) Japanese Seatke asal USA Pengeluaran/ tahun 240-260biji
C) Cari Strain asal India Pengeluaran / tahun 250-270biji
D) Japanese Taiwan asal Kacukan Jepun Taiwan Pengeluaran /tahun 220-250biji
E) Kacukan Tempatan Pengeluaran/ tahun 220-250biji
 
 
Persiapan Prasarana

Reban dan sangkar telah dicuci bersih tikus sudah dihapuskan dan gunakan penghapusan hama dan disinfectan. Pilih perindukan atas lantai atau dalam sangkar. Pilihan perindukan atas lantai atau dalam sangkar. Peralatan telah dicuci bersih, Letrik dan air dalam keadaan baik Biosekuriti di tahap terbaik dari segi kemampuan.
Pengasingan jantinaJantina boleh dikenali pada umur sehari. Kecekapan di perlukan dengan periksa organ seks. kanta magnifying glass membantu periksaan tersebut.Perbezaan jantan betina seawal-awal umur mencapai 2 mingguJantan bulu dada berwarna kemerah-merahan cokelat. Betina buluan dada berwarna dan berbintik hitam dan coklat.
Pemindahan Ke Sangkar Penelur
Setelah saiz (badan) puyuh bersesuaian dengan sangkar penelur (supaya tidak lepas).Selepas asingkan (sexing) puyuh betina dipelihara tidak melebihiumur 35 hari, sebelum dipindahkan ke sangkar penelur.Berikan peluang sekurang-kurang 1 minggu untuk menyesuaikan diri dengan sangkar penelur.Pemberian minuman anti stress bagi mengurangkan tekanan
 
Sangkar Penelur
Jenis Sangkar telur. Upah / buat sendiri menggunakan kayu + Jaring BRC, Sangkar jenis galvanised tetapi agak mahal sedikit. Susunan bertingkat menegak keatas (pangsa). Susunan bentuk A. Lantai menurun curam sedikit ke hadapan bagi telur bergolek. Bekas makanan diluar Sumberair automatik (nipple ) atau palung air di luar.
 
Prestasi Puyuh penelur
Keperluan makanan sehingga umur 5 minggu sebanyak 410 gram sehari.. Umur 5-57 minggu sebanyak 9600gram sehari.. Berat badan mestilah mencapai umur 5 minggu ialah 125gram dan 57 minggu mestilah mencapai 174gram. Kadar kematian 5 hari pertama dalam lingkungan 1.07% dan Minggu kedua hingga 57 minggu 1.58% minggu.
 
Prestasi puyuh penelur IKTA

Pengeluaran umur mula bertelur pada 40-42 hari. Umur Puncak pengeluaran 13 minggu Puncak pengeluaran 94%. Pengeluaran seekor /52 minggu ialah 260biji telur. Kadar penukaran makanan adalah seperti berikut makanan /biji telur=347gram (Makanan /kg telur- 2.77kg makanan/ kilogram telur)
Pengurusan Telur
Sifat telur normal iaitu warna kelabu kekuningan bertompok hitam-cokelat. cengkerang nipis mudah retak /pecah.Sifat telur tidak normal ialah warna biruatau warna lain atau tanpa tompok, bentuk herot, cengkerang tidak terbentuk dengan baik ( lembik) telur jumbo-2 kunng telur.
 
Telur lembik dan herot sebab kurang kalsium, vitamin D, ada jangkitan penyakit. Penyelesaian makanan bermutu dan kawalan penyakit. Kurang pengeluaran telur, Zat makanan tidak mencukupi kalsium vitamin dan protien (puyuh gemuk sangat) Puyuh sudah tua penyakit sampar & bronchitis.
Kutip telur sebaiknya 2 kali sehari (75% puyuh bertelur diantara jam 3 hingga 6 petang). Penyimpanan telur sebaiknya tidak melebihi seminggu & simpan tempat berhawa sejuk dan lembap. Dulang telur puyuh susunan dengan bahagian runcing di bawah.
Pengurusan Cahaya
Cahaya matahari tenaga ultra violet (UV) merangsangkan penghasilan vitamin D untuk tujuan kesihatan tulang dan pembentukan cengkerang telur yang normal. Cahaya lampu panjang ada tenaga ultra violet. Cahaya mentol Balb tidak ada tenaga ultra violet. Sudah ada cukup vitamin D dalam makanan komersil tidak perlu UV cuma perlu cahaya bagi rangsang hormon badan. Pengaruh cahaya (bilangan jam yang mencukupi setiap hari) semasa peringkat bertelur. Penghasilan hormon yang optima supaya pengeluaran telur berada di tahap yang paling mampu dikeluarkan oleh puyuh.pengurusan (bilangan jam cahaya) bermula dari umur sehari hingga tamat tempoh pelihara.

A) 2 minggu pertama 24jam cahaya/ hari.
B) Minggu ke 3 berikan 13 jam cahaya terang (11jam cahaya malap)
C) Minggu ke 5 berikan 15 cahaya terang ( nilai kritikal bagi rangsangan peralatan / organ telur puyuh)
D) Minggu ke 6 hingga tamat- 16 hingga 17jam cahaya terang.
Pengurusan Penternakan
Sistem Pengurusan
Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.
Peringkat Perindukan
Jika menjalankan sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.
Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000-1200 ekor anak puyuh penelur boleh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.
Bagi pemeliharaan menggunakan kotak khas tentukan penempatan anak puyuh tidak bersesak. Kadar kematian yang tinggi sering berlaku semasa perindukan disebabkan kesesakan dan kesejukan. Gunakan keluasan lantai 167 sentimeter persegi untuk sekor puyuh sehingga berumur 5 minggu. Anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 100 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'.
 
Peringkat Pembesaran
Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 35 hari. Puyuh akan ditangkap dan dihantar ke bangsal pengeluaran. Puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) pada umur 42 hari.

Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak seluas 1 meter persegi boleh membesarkan sehingga 50 ekor puyuh penelur. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga berumur 35 hari. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu ketak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.
 
Peringkat Pengeluaran
Setelah tamat tempoh pembesaran, puyuh betina akan dipilih dan dipindahkan kebangsal pengeluaran. Pada peringkat umur 21 hari keatas jantina puyuh boleh dikenal mengikut warna bulu didada. Puyuh jantan dikenali dengan warna coklat ( cinnamon ) dibulu bahgian dada dan leher. Puyuh betina kelihatan sama seperti jantan kecuali bulu bahgian dada dan leher berbintik hitam. Puyuh jantan tidak diperlukan dan dijual atau diproses untuk dijual sebagai puyuh proses.
Puyuh betina akan mula bertelur apabila berumur 42 hari keatas. Telur-telur permulaan adalah bersais kecil. Sais telur membesar mengikut umur. Masa bertelur adalah disebelah petang. Sebanyak 75 % telur diperolehi dari waktu 4 - 7 petang dan sebakinya pada waktu malam. Pungutan telur lebih baik dijalankan semasa malam kerana masih segar. Jika tidak, maka kutipan boleh diadakan diwaktu pagi. Gunakan bekas khas untuk telur puyuh semasa pungutan. Jangan gunakan bakul untuk kutipan telur. Telur puyuh mudah retak tetapi susah untuk pecah. Telur-telur puyuh hendaklah disimpan didalam bilik dingin dengan kelembapan yang tinggi. Untuk telur yang segar, telur puyuh hendakalah dijual dengan segera.
Untuk pengeluaran telur yang optimum, puyuh penelur berkehendakkan 17 jam cahaya setiap hari . Dua belas jam adalah dari cahaya matahari dan sebakinya dari cahaya tiruan menggunakan lampu kalimantang. Kadar pengeluaran telur adalah seperti di Lampiran 5. Puyuh diternak selama 40 -50 minggu sebelum disingkirkan dan diganti dengan puyuh penelur baru. Puyuh-puyuh yang disingkir diproses dan dijual sebagai puyuh proses.
Disepanjang pemeliharaan puyuh penelur, puyuh-puyuh yang mati perlu dikeluarkan dan dimusnahkan setiap hari. Makanan dan air diberi setiap hari. Sistem pemberian air menggunakan cawan atau puting ( peralatan ayam ) boleh digunakan untuk pemberian air. Puting atau cawan air ditempatkan dibelakang sangkar. Pemberian makanan menggunakan palong khas dan ditempatkan didepan sangkar. Pemberian makanan dan pungutan telur secara otomatik boleh dilaksanakan. Pembekal peralatan ternakan ayam ada membekalkan peralatan tersebut.
Pengurusan Alam Sekitar
Pengusaha puyuh penelur dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan peneternakan puyuh penelur. Tentukan najis-najis dibangsal pengeluaran sentiasa dibersihi untuk menggelakan berbau busuk atau pembiakan lalat. Pengurusan najis yang sempurna dapat merendahkan masalah tersebut. Najis-najis dibegkan kedalam guni dan boleh dijual sebagai baja.
Kesihatan
Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.

 Pengurusan Bahan Buangan Ladang
Ladang puyuh penelur perlu mengamalkan pengurusan yang baik untuk bahan-bahan buangan ladang. Ini adalah penting untuk mengelakkan masalah bau busuk dan lalat. Bahan buangan yang utama adalah sampah sarap dari pemeliharaan semasa pembesaran, najis, dan bangkai puyuh.
Sampah sarap digunakan untuk keselesaan puyuh semasa pemeliharaan dengan mengambil kira keberkesanan menyerap air. Gunakan sampah sarap yang baru setiap kali pemeliharaan puyuh. Ketaman kayu merupakan jenis sarap yang biasa digunakan. Ketaman kayu hendaklah dari kayu yang bersih dan tiada mudarat kepada puyuh. Jangan gunakan ketaman kayu dari kayu yang telah diawet. Tambah ketaman kayu kedalam bangsal apabila diperlukan. Sarap yang basah perlu dikeluarkan dan diganti dengan sarap baru. Setelah tamat pemeliharaan sarap ini hendaklah dimasukkan kedalam guni dan dimusnahkan. Biasanya sarap jenis ini tidak disukai untuk dijadikan baja kerana berkayu.
Najis dari bangsal pengeluaran hendaklah sentiasa dikeluarkan. Najis hendaklah dibegkan dan boleh digunakan sebagai baja. Tentukan penyimpanan yang teratur dan bersih serta kering.
Bangkai puyuh hendaklah dimasukkan kedalam beg dan dimusnahkan samada dibakar atau ditanam. Peraturan alam sekitar perlu dipatuhi.
Penyimpanan Rekod
Menyimpan, menganalisa dan menggunakan rekod adalah penting untuk menentukan kejayaan penternakan puyuh penelur. Perlu diadakan dokumentasi yang teratur akan perancangan kemasukan/penyingkiran, peraturan pengurusan dan perkara-perkara lain. Rekod pengeluaran telur disimpan dan dibanding dengan piawaian pembekal keatas prestasi puyuh tersebut. Segala masalah perlu diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan kerugian.
PANDUAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING
   PANDUAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING, IBU PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR, PUTRAJAYA      



1. PENGENALAN.
Pengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap saradiri sejak tahun 1981. Pada tahun 2006, aktiviti pengeluaran ayam daging tempatan menyumbangkan lebih kurang 70% daripada keseluruhan bekalan daging negara. Walaupun memberi pulangan yang cepat, pemeliharaan ayam daging bukanlah satu pekerjaan yang mudah diusahakan.
Pemeliharaan ayam daging terdedah kepada banyak faktor yang boleh mempengaruhi untung-rugi dan daya maju seseorang pengusaha. Antaranya adalah ketidakstabilan harga pasaran, harga imput seperti makanan dan bahan binaan, cuaca yang berubah-ubah dan penyakit. Ayam juga memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang cekap. Pemeliharaan ayam memerlukan perancangan yang teliti bermula dari peringkat penubuhan ladang,pengurusan sehinggalah ke pasaran.
Kos pengeluaran ayam pedaging telah meningkat sebanyak RM2.06 sekilogram iaitu dari RM1.61 pada tahun 1998 ke RM3.67 sekilogram pada tahun 2006.Pada bulan Oktober 2004 harga siling ayam pedaging di ladang telah ditetapkan pada harga RM4.00 sekilogram.

2. BAKA ANAK AYAM PEDAGING.
Perolehan baka ayam pedaging yang baik amatlah penting. Pemilihan baka yang berpotensi dan sesuai perlu diberi pertimbangan utama untuk jaminan hasil yang bermutu dan keuntungan. Pengurusan di peringkat anak penting dan agak rumit di dalam pengurusan ayam. Sesuatu perusahaan ayam tidak akan berjaya sekiranya anak ayam tidak diurus dengan sempurna. Penjagaan yang rapi diperlukan untuk mendapat faedah sepenuhnya dari potensi genetik sesuatu baka yang dipelihara.
Sumber anak ayam.
Malaysia mengeluarkan 60 – 70 % anak ayam pedaging ke pasaran tempatan dan selebihnya diimport dari Negara yang bebas dari penyakit tertentu dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kini terdapat 29 buah syarikat Integrator dan bukan integrator ayam pedaging baka yang mengeluarkan anak ayam pedaging antara 1.35 ke 110 juta setahun pada tahun 2006.


2.2 Baka.
Kesemua ayam yang wujud pada masa ini berasal daripada ayam hutan iaitu Gallus gallus atau Gallus bankiva. Terdapat pelbagai jenis baka dan strain ayam yang telah diubahsuai untuk mendapatkan hasil yang maksimum.



2.3 Mutu Anak Ayam.
Anak ayam dibeli dari baka yang bermutu, diiktiraf dan bersesuaian dengan pasaran.
Ciri-ciri Anak Ayam Yang Bermutu:
  •  Mempunyai berat sekurangnya 35 gram dan saiz yang seragam.
  • Mempunyai mata yang bulat dan bersinar.
  • Kelihatan sihat dan cergas.
  • Bulu badan berada dalam keadaan kering dan kembang.
  • Pusat yang kering.
  • Dubor bersih(tidak dilekati dengan najis).
  • Tiada kecacatan.
Faedah anak ayam yang bermutu baik:
  • Mempunyai ketahanan penyakit yang baik.
  • Penukaran makanan yang baik.
  • Tumbesaran yang baik dan boleh dipasarkan dengan cepat.
  • Kos pengeluaran yang rendah.
  • Kadar keseragaman yang tinggi.
  • Bentuk badan mengikut kehendak pasaran.

3. LOKASI LADANG.
Untuk membuka sesebuah ladang ayam daging, pengusaha hendaklah memilih lokasi yang sesuai. Pemilihan lokasi yang kurang sesuai boleh menjejaskan kecekapan operasi dan dayamaju perladangan.
Ciri ciri lokasi ladang yang baik:
  • 0.20 kilometer dari kawasan perbandaran, perumahan, pelancongan,perindustrian, penempatan dan kemudahan awam.
  • Jauh dari sumber takungan air bersih untuk kegunaan awam.
  • Mempunyai prasarana yang baik untuk tujuan pengangkutan barangan ‘input’ dan ‘output’ ladang.Mempunyai kemudahan komunikasi segera.
    Jauh dari tasik, kolam dan sungai yang selalu disinggahi burung hijrah.
    Sistem saliran air yang baik tanpa masaalah air bertakung atau banjir.
    Ventilasi yang baik tidak kurang dari 0.5 kilometer dari ladang unggas lain.
    Dataran tanah yang membolehkan paksi panjang reban menghala ke arah timur / barat dan tepinya menghala utara /selatan. untuk mengurangkan pancaran matahari ke dalam reban.
  • Masterplan lokasi untuk perkembangan projek akan datang.
 
4. SISTEM PEMELIHARAAN.
Ayam pedaging dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa.
  • Lantai tinggi / bawah daripada kayu / simen.
  • Keluasan lantai dari 0.80 ke 1.00 kaki persegi seekor.
Sistem Lantai
Sistem Lantai Sarap


Lantai reban diperbuat dari simen dan ditutupi dengan sarap kayu / jerami padi.Jenis sarap yang digunakan bergantung samada ianya mudah diperolehi, sesuai untuk menyerap air dan murah harganya. Jenis-jenis sarap yang biasa digunakan ialah ketaman kayu, jerami dan sekam padi. Sarap diisikan setebal 8 – 10sm dari lantai.
Sistem Lantai Tinggi

Lantai reban dinaikkan lebihkurang 1.8 meter dari paras tanah. Lantai biasanya diperbuat dari kayu berketam berukuran 2.54sm x 2.54sm dan diatur jarak 2.54sm antara dua kayu. Lantai boleh juga diperbuat dari BRC keras (sejenis dawai) berukuran 2.54sm x 2.54sm.

5. KEPERLUAN PENTERNAKAN.
 5.1 PERUMAHAN.

Ayam pedaging memerlukan persekitaran pemeliharaan yang selesa untuk pertumbuhan yang baik. Perumahan yang disediakan hendaklah lengkap dengan persekitaran dalaman dan luaran yang memberikan keselesaan kepada ayam dengan kadar kos binaan yang paling ekonomik.
5.1.1 Jenis Reban.

Reban Terbuka
  • Dinding reban terbuka, dibuat dari dawai punai atau jaring.
  • Setingkat atau dua tingkat.
Reban Tertutup
  • Reban ditutup keseluruhannya sepanjang masa.“curtain” dibuka apabila perlu.
  • Persekitaran (suhu, kelembapan dan peredaran udara) di dalam reban dikawal.
  • Udara masuk dan keluar dikawal menggunakan kipas.
  • Dua kaedah kawalan persekitaran “evaporative cooling system” dan “tunnel ventilation” boleh digunakan.
  • Setingkat atau dua tingkat.

5.1.2 Kedudukan binaan reban.
   Reban di bina dengan kedudukan paksi panjang mengikut arah timur-barat. Binaan sedemikian akan dapat mengelakkan pancaran terus cahaya matahari ke dalam reban. Jarak di antara reban tidak kurang dari 15 meter untuk mengawal perebakan penyakit dari
satu reban ke reban lain. Pastikan tidak ada pokok-pokok besar atau bangunan berdekatan dengan reban yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna .

5.1.3 Rekabentuk reban.

Ciri utama dalam menentukan rekabentuk reban ayam
·         Tahan lama dan kos yang ekonomik.
·         Mudah diselenggara.
·         Kos penyelenggaraan yang ekonomik.
·         Pengawalan haiwan pemangsa yang berkesan.
·         Ventilasi dalam reban yang optimum dan selesa.
5.1.4 Ukuran Reban
Lebar Reban
·         5.5 m - 12.2 m bergantung kepada saiz reban yang hendak dibina
·         Lebar yang kurang dari 5.5 m akan menyebabkan reban kelihatan runcing dan tidak sesuai bagi reban yang panjang.
Panjang Reban
·         Bergantung kepada jumlah ayam yang hendak dipelihara.
·         Keluasan lantai di antara 7 - 10 ekor untuk tiap-tiap 1 meter persegi.
·         Lebih kurang 0.8 kaki persegi/ekor untuk reban tertutup dan 1.1 - 1.2 kaki persegi / ekor untuk reban terbuka.
Contoh :
Untuk memelihara 1,000 ekor ayam daging dengan menggunakan 10 ekor/meter persegi.
 
Jumlah luas lantai yang diperlukan = 1,000 / 10
= 100 meter persegi
Lebar reban yang dipilih = 7 meter
Oleh itu panjang reban = 100 / 7
= 14.3 meter
Ukuran reban yang diperlukan adalah 7 meter x 14.3 meter
5.1.5 Rekabentuk dan bahan Bumbung / atap.
  • Rekabentuk bumbung reban berperanan penting dalam memastikan peredaran udara di antara reban dan persekitaran yang sempurna.
  • Menggunakan bahan yang dapat mengurangkan bahang panas, tahan lama dengan kos yang berpatutan.
  • Jenis aluminium amat sesuai kerana daya pembalikan haba yang tinggi dan sesuai dengan iklim negara ini.
5.2 PERALATAN MAKANAN DAN MINUMAN
Menggunakan peralatan komersial automatic atau manual adalah lebih sesuai dan ekonomik. Peralatan plastic / logam lebih baik dari kayu kerana mudah dicuci (sucihama) dan tahan lama. Peralatan makanan dan minuman sentiasa diperiksa untuk mempastikan berfungsi baik dan pada susunan jarak yang sesuai.
5.3 MAKANAN DAN MINUMAN.
·         Makanan ayam perlu sesuai dengan peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik.
·         Tempoh dan jenis makanan diberi akan mempengaruhi kecekapan kos pengeluaran.
·         Makanan permulaan(crumble) = 1 - 28 hari
·         Makanan penghabisan(pellet) = 29 hari hingga dipasarkan
·         Bekalan air minum bersih perlu sentiasa ada. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku kerana kekurangan air.
·         Pengambilan air bergantung kepada keadaan suhu alam keliling, kelembapan kandungan makanan,pengambilan makanan dan pergerakan.
·         Ayam akan minum 2 kali ganda dalam keadaan suhu yang panas daripada keadaan suhu biasa. Lazimnya ayam akan minum 2 kali ganda jumlah berat makanan yang dimakan.
5.4 KESIHATAN.
Ayam yang sihat serta bermutu mempunyai ketahanan melawan penyakit yang baik. Adalah penting penternak memeriksa kesihatan ayam setiap hari supaya tindakan awal mengawal pencemaran dapat diambil. Program kesihatan ternakan adalah melalui biosekuriti, pelalian dan rawatan.Bagaimanapun kadangkala kumpulan ayam masih diserang penyakit dan perlu dirawat. Sekiranya berlaku demikian, penternak dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan ketentuan jenis penyakit dan perubatan yang diperlukan.
5.4.1 Pelalian Penyakit.
Di peringkat awal anak - anak ayam mungkin di lindungi oleh antibodi dari ibu (maternal antibody). Apabila ayam meningkat umur perlindungan dari antibodi maternal menurun. Ayam perlu diberi pelalian untuk mencegah penyakit yang merbahaya dan berisiko tinggi.
Jenis Pelalian
Program pelalian sebenar bagi sesebuah ladang perlu diatur dan disesuaikan dengan corak pengurusan ladang, keadaan penyakit dan kawasan ladang.
Contoh: Program pelalian sebagai panduan.
5.4.2 Rawatan penyakit.
Hanya ubat yang diluluskan oleh pihak berkuasa sahaja dan penggunaan ubat untuk rawatan atau kawalan penyakit pada tahap paling minimum disyorkan.
5.4.3 Biosekuriti.
Perlaksanaan biosekuriti ladang yang baik dan mengamalkan amalan perladangan yang baik dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan dan perebakan penyakit ke dalam ladang.
Di antara langkah biosekuriti yang perlu diamalkan adalah:
·         Memagar sekeliling kawasan pengeluaran ladang menggunakan “chain-link” setinggi 6-10 kaki.
·         Menyediakan peralatan pembasmikuman bertutup untuk mencelup tayar kenderaan.
·         Menyediakan peralatan pembasmikuman bertutup untuk mencelup kaki pekerja dan pelawat.
·         Penggunaan ubat-ubatan, vaksin dan pembasmikuman berjadual.
·         Hanya satu laluan keluar masuk di ladang.
·         Perolehan anak ayam dari ladang baka yang diikhtiraf SALT.
·         Mengamalkan prosedur amalan perladangan yang baik.

 
6. PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING.
Penternakan ayam pedaging perlu diurus dengan rapi untuk prestasi pertumbuhan dan pengeluaran yang maksimum.
6.1 PERINGKAT PERINDUKAN.
Pengurusan anak ayam semasa perindukan amatlah penting dan merupakan suatu peringkat pemeliharaan yang rumit didalam pengurusan ayam.Kejayaannya bergantung kepada perumahan yang baik, suhu dan peredaran udara yang dijaga sempurna. Sebaik-baik reban perindukan adalah yang bertutup tetapi membolehkan peredaran udara yang sempurna, dapat mengelakkan kesejukan dan kehilangan hawa panas dari reban ke alam sekitar. Dinding reban perlu ditutup samada dengan kertas atau plastik di sekelilingnya.
6.1.1 Menyelenggara Alat Perindukan.
Pembersihan alat perindukan hendaklah dijalankan selepas sahaja tamat perindukan. Sebarang kerosakan perlulah dibaiki. Peralatan perindukan disucihama dan disimpan dalam stor dengan baik untuk kegunaan kumpulan berikutnya.
6.1.2 Menyediakan Ruang Perindukan.
·         Kepungan perindukan dibuat untuk mempastikan anak-anak ayam berada dekat dengan sumber haba untuk beberapa hari.
·         Kepungan dibuat dari kadboard, papan lapis atau kawat jaring halus 1 sm setinggi lebih kurang 45sm dengan ukuran rentas lebihkurang 214sm.
·         Alaskan lantai dengan sarap dari ketaman kayu / papan, jerami padi setebal 8sm - 10sm .
·         Sediakan satu bekas berisi larutan disinfektan untuk pembasmian kuman kasut sebelum masuk ke reban.
6.1.3 Kelengkapan Perindukan.
Alat Pemanas (Induk Hover )
Alat pemanas haba seperti pemanas gas, elektrik atau pemanas lampu dipasang sebagai unsur haba. Alat pemanas gas berkuasa 30,000 BTU boleh digunakan untuk 500 ekor anak ayam. Pastikan bilangan anak ayam yang sesuai untuk sesuatu jenis alat pemanas yang digunakan.
Bekas Makanan dan Bekas Air
Dulang makanan dan tabung air hendaklah diatur berselangseli supaya anak-anak ayam dapat ke tempat makanan dan minuman dengan mudah. Sebuah dulang makanan berukuran 46 sm x 46 smcukup untuk 100 ekor anak ayam. Jika menggunakan palong makanan berikan ruang makan 2.5 sm seekor. Tabung air bermuatan 9 liter sesuai dan cukup untuk 100 ekoranak ayam umur 1 hingga 14 hari
6.1.4 Persediaan Menerima Anak Ayam.
Nyalakan api alat pemanas
Nyalakan api alat pemanas sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ketibaan anak ayam untuk memanaskan kawasan perindukan dan mendapatkan suhu kawasan perindukan yang sesuai.
Isikan makanan dan air minuman
Isikan makanan permulaan ke dalam dulang makanan. Jangan isi terlalu penuh kerana anak-anak ayam tidak makan banyak ketika ini dan untuk mengelakkan pembaziran makanan kerana dikais atau dikotori najis. Isikan air bersih / vitamin atau ‘antistress’ ke dalam tabung air (penuh).
6.1.5 Ketibaan anak ayam.
·         Anak ayam dikira dan dimasukan segera ke tempat perindukan. Lakukan pelalian vaksin jika perlu.
·         Anak ayam diberi minum sebaik tiba. Ajar anak ayam minum jika menghadapi kesukaran mengenal bekas air minuman. Air minuman perlu diganti setiap hari dan sentiasa cukup.
·         Makanan digalakkan diberi kemudian.
·         Kerap melawat perindukan dan perhatikan taburan anakanak ayam untuk mempastikan bahawa suhu perindukan adalah sesuai dan anak-anak ayam minum serta makan.
·         Besarkan ruang perindukan selaras dengan pertumbuhan
·         saiz anak-anak ayam.
6.1.6 Pemantauan Suhu Perindukan.
  • Suhu perindukan yang sesuai adalah dalam lingkungan 200C hingga 300C dan dipantau sentiasa. Suhu yang sesuai dapat dilihat daripada perangai dan pertaburan anak-anak ayam dalam ruang perindukan.
  • Unsur haba dipasang 24 jam berterusan pada minggu pertama. Sekiranya keadaan terlalu panas, alat pemanas boleh dipadamkan atau kepanasan dikurangkan.
  • Minggu kedua hover hanya dinyalakan diwaktu malam sahaja
SUHU PERINDUKAN

6.1.7 Singkiran / Pelupusan Anak Ayam Mati dan Lemah.
·         Anak-anak ayam yang mati dilupuskan dengan segera secara sistematik.
·         Anak-anak ayam yang lemah dan tidak sempurna diasingsingkirkan kerana akan mengurangkan kecekapan kos pengeluaran.
6.1.8 Membuka kepungan.
Setelah cukup 2 minggu, kepungan perindukan dan penutup dinding boleh dibuka dan dibiarkan ayam bebas dalam reban. Perindukan satu reban Perindukan kepungan
6.2 PERINGKAT PEMBESARAN.
Peringkat pembesaran ini ayam berumur antara 4 minggu hingga dijual. Pengurusan makanan, minuman, kebersihan dan kesihatan yang betul dan baik akan menghasilkan pengeluaran yang maksimum.
6.3 PEMAKANAN.
Pemberian makanan yang sempurna mestilah dilakukan untuk menjamin pembesaran badan yang cepat dan penjimatan kos. Kos makanan adalah kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran ayam daging. Dari itu penternak haruslah mengambil perhatian berat ke atas pengurusan makanan. Elakkan pembaziran makanan kerana ini akan menjejaskan keuntungan.
6.3.1 Jenis makanan
Makanan ayam yang diberi mengikut peringkat pertumbuhan untuk pembesaran yang baik. Tempoh dan jenis makanan akan mempengaruhi kecekapan kos pengeluaran.
Jenis Makanan Umur Ayam
·         Makanan permulaan 1 - 28 hari( jenis crumble )
·         Makanan penghabisan 29 hari hingga dipasarkan( jenis pellet )
6.3.2 Jenis, Ruang dan Kedudukan Bekas Makanan.
Pengurusan peralatan makanan
Pengurusan peralatan makanan disesuaikan dengan umur, saiz dan bilangan ayam yang dipelihara. Bekas dan ruang makanan perlulah mencukupi supaya semua ayam berpeluang untuk makan tanpa bersesak.Ruang makan yang tidak mencukupi akan menjejaskan peluang ayam yang kecil dan lemah dari mendapat makanan yang cukup,dan menyebabkan kecederaan dan pembesaran ayam tidak sekata.
Bekalan makanan
Pastikan makanan ayam diberi mengikut peringkat umur dan sentiasa ada .
Bekas makanan gantung
Sediakan satu bekas makanan ukuran rentas 40.6 sm untuk 30 ekor ayam. Makanan diisi 3/4 paras sahaja untuk mengelak pembaziran.
Palong makanan
Sediakan keluasan ruang makan 5.0 - 7.5 sm untuk setiap ekor ayam. Makanan diisi tidak melebihi ½ paras dan perlu diisi beberapa kali sehari untuk mempastikan makanan diberi mencukupi dan sentiasa ada.
6.3.3 Penyelenggaraan Bekas Makanan.
Paras ketinggian bekas makanan
·         Bekas makanan perlu disesuaikan ketinggiannya mengikut pembesaran ayam. Ketinggian yang sesuai adalah apabila ayam berdiri, hujung bekas makanan sama dengan paras belakang ayam.
·         Paras yang rendah akan menyebabkan ayam kais makanan dengan muncung / kaki dan menyebabkan pembaziran makanan.
·         Paras yang tinggi pula akan menjejaskan ayam yang kecil dari mendapat makanan. Elakan ayam berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.
 
6.3.4 Mutu dan Simpanan Makanan.
Mutu makanan
Makanan diperolehi dari pembekal makanan yang terkenal dengan baik mutu makanannya. Makanan yang kurang kualiti dan rosak akan menjejaskan kesihatan ayam.
Simpanan makanan
Makanan disimpan secara teratur ditempat yang berventilasi baik dan bersih. Tempat yang bersuhu tinggi akan menyebabkan makanan cepat menjadi ‘rancid”, rosak dan kehilangan zat pemakanan manakala makanan akan mudah berkulat jika ditempat yang lembab.Setor makanan hendaklah tidak telus tikus(rat proof). Jika tidak dapat dielakan sediakan perangkap atau racun tikus kerana tikus boleh membawa penyakit.
 
6.4. Air Minuman.
Badan ayam mengandungi lebih kurang 70 peratus air. Air sangat penting dalam kehidupan ayam untuk proses-proses dalam badan dan untuk kawalan suhu. Memandangkan pentingnya air kepada ayam, pengawasan pemberian air perlu diberi perhatian terutama sekali di musim panas.
6.4.1 Pemberian Air Minuman.
·         Bekalan air minum bersih yang mencukupi dan sentiasa ada.
·         Pengambilan air bergantung kepada keadaan suhu alam keliling,kelembapan kandungan makanan serta pengambilan makanan dan pergerakan.
·         Lazimnya ayam minum 2 kali ganda jumlah berat makanan yang dimakan.
·         Semasa keadaan suhu panas ayam akan minum 2 kali ganda daripada keadaan suhu biasa.
·         Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku kerana kekurangan air.
6.4.2 Ruang Minum dan Kedudukan Bekas Minuman.
Ruang minun
Ruang minum yang cukup perlu diberi kepada setiap ekor ayam supaya semua ayam berpeluang untuk minum tanpa bersesak.
Peringkat 1 hingga 10 -14 hari :
Satu tabung air bermuatan 9 liter adalah untuk 100 ekor anak ayam.
Peringkat membesar
Gunakan bekas minuman gantung automatik untuk memudahkan pengurusan dan tahan lama. Sekiranya menggunakan palong air, keluasan 2 sm diberikan bagi seekor.
 
6.4.3 Penyelenggaraan Bekas Minuman.
Ketinggian bekas minuman
·        Ketinggian dan kedudukan bekas minuman perlu diselaraskan dan diatur dengan baik mengikut pembesaran ayam. Ketinggian yang sesuai adalah paras bibir bekas minuman pada paras belakang ayam.
·         Paras air bekas minuman gantung automatik adalah ¼ daripada kedalaman bibir bekas minuman dan perlu diawasi selalu.
·         Bekas minuman diperiksa selalu untuk mempastikan sentiasa berfungsi baik. Bekas yang rosak menyebabkan tiada bekalan air, bocor atau air melimpah, dan najis basah.
6.4.4 Mutu Air Minuman.
Berikan ayam air yang bersih, bermutu dan tidak tercemar. Air minum hendaklah pada pH 6.5 - 8.0, warna, rasa, bau dan suhu yang dapat diterima oleh ayam. Air minuman hendaklah dirawat dengan klorin. Air minuman yang mengandungi kadar galian yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan.
 
6.5 KESIHATAN.
Ayam yang sihat serta bermutu mempunyai ketahanan melawan penyakit yang baik. Adalah penting penternak memeriksa kesihatan ayam setiap hari supaya tindakan mengawal penyakit dapat diambil awal. Program kesihatan ternakan merangkumi semua aspek kebersihan ladang seperti pengurusan pembersihan reban dan peralatan, biosekuriti ladang dan pengawalan penyakit.
Bagaimanapun kadangkala kumpulan ayam masih diserang penyakit dan perlu dirawat. Sekiranya berlaku demikian, penternak dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan ketentuan jenis penyakit dan perubatan yang diperlukan.
6.5.1 Pembersihan Reban.
Reban ayam pedaging perlu dibersihkan dengan sempurna setelah tamat pemeliharaan sesuatu kumpulan ayam. Ini adalah untuk menjamin reban bersih daripada kekotoran dan kuman penyakit.
Membuang Saraf dan Najis.
Sistem lantai sarap
Setelah semua ayam dijual, kerja pembersihan dimulakan dengan mengeluarkan sarap lama.
Sistem lantai tinggi
Najis yang terdapat di bawah reban perlu dibersihkan dahulu. Sisa ini dilupuskan atau dikeluarkan dari ladang dengan sempurna atau diproses sebagai baja. Reban disapu bersih untuk membuang saki baki najis, sawang dan lain-lain kotoran.
Mencuci Peralatan dalam Reban.
Bekas makanan dan minuman manual
Bekas makanan dan minuman dikeluarkan dari bangsal untuk dicuci. Gunakan bekas air yang berlainan untuk merendam bekas makanan dan minuman. Gunakan ubat pencuci semasa merendam dan dibilas dengan air bersih, disucihama, dikeringkan dan disimpan di tempat khas sehingga diperlukan.
Bekas minuman automatik
Bekas minuman automatik dicuci didalam reban bersama-sama dengan pencucian reban. Tapisan di dalam bekas minuman perlu dibuka dan dibersihkan.
Menyapu Bersih Reban.
Setelah najis, sarap dan peralatan dikeluarkan, seluruh reban termasuk bumbung dan atap perlu disapu bersih.
Semburan Racun Serangga dan Racun Kutu.
Setelah disapu bersih, reban disembur dengan racun serangga yang tidak memudaratkan manusia dan binatang ternakan. Sembur racun kutu jika ada masaalah kutu ayam. Keseluruhan reban termasuk kawasan bumbung, atap dan celah-celah kayu perlu disembur. Semburan mestilah rata dan basah mengikut bancuhan yang disyorkan oleh pengeluar racun. Gunakan langkah-langkah keselamatan apabila menyembur racun. Setelah itu biarkan bangsal satu hingga dua hari. Sapu dan buang serangga serangga yang mati di reban.
Mencuci reban
Reban dicuci dengan menggunakan air pam bertekanan tinggi untuk pembersihan reban lebih sempurna. Pembersihan secara manual menggunakan sabun yang disyorkan boleh juga dijalankan. Reban termasuk kawasan bumbung dicuci sehingga bersih. Setelah reban dicuci, dibilas dengan menggunakan air yang bersih dan dibiarkan kering.
Semburan Racun Pemusnah Kuman
Setelah kering, reban disembur dengan racun pembasmi kuman.Semburan hendaklah dilakukan dengan teratur dan sempurna.Semburkan kawasan dalam dan luar reban sehingga basah.Gunakan racun pembasmi kuman dengan bancuhan sebagaimana yang disyorkan oleh pengeluar racun sahaja.
Mengosongkan Reban
Setelah disembur dengan racun pembasmi kuman, reban perlulah dikosongkan selama 2 minggu.Tujuannya ialah untuk pengawalan penyakit yang lebih baik kerana tempoh ini menghalang pusingan hidup kebanyakan kuman penyebab penyakit. Sekiranya reban dibiarkan kosong lebih 2 minggu semburan racun pembasmi kuman kedua adalah disyorkan. Selepas reban bersih dan kering maka hendaklah dibuat persiapan untuk menerima kedatangan anak-anak ayam baru.
6.5.2 Kawalan Penyakit.
Ayam yang sihat serta bermutu mempunyai ketahanan melawan penyakit yang baik, dapat menggunakan makanan dengan cekap serta tumbesaran yang baik. Penyakit boleh menjejaskan kecekapan ladang dan kerugian kerana menyebabkan kematian ayam, terjejas pertumbuhan, meningkatkan kos rawatan dan kawalan, meningkatkan kadar asingsingkir , kehilangan kualiti dan kemungkinan kehilangan pasaran. Oleh itu adalah penting bagi penternak memeriksa kesihatan ayam setiap hari supaya tindakan mengawal jangkitan dan perebakan penyakit dapat diambil awal. Adalah dinasihatkan agar penternak menghubungi Pejabat Veterinar yang berhampiran atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan nasihat berkenaan dengan program pelalian penyakit. Penyakit boleh dikawal melalui tiga cara iaitu biosekuriti, pelalian dan rawatan iaitu kaedah dalam amalan perladangan yang baik.
Biosekuriti Ladang
Program biosekuriti yang baik dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan penyakit ke dalam ladang dan perebakannya.
Sumber bekalan anak ayam
Sumber bekalan anak ayam dari ladang baka atau ladang penetasan yang di ketahui status penyakitnya dan diiktiraf (SALT).
Pagar ladang
Kawasan ladang dipagar keseluruhannya untuk menghalang orang atau haiwan yang tidak berkenaan memasuki kawasan ladang. Unit pengeluaran dipagar untuk mengawal semua pergerakan dalam dan luar ladang.
Jarak bangunan
Bangunan dibina pada jarak yang bersesuaian daripada jalan terutama jalan yang kerap digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam. Jarak antara bangunan reban lebih dari 15 meter dan lebih jauh jarak lebih rendah risiko perebakan jangkitan penyakit.Bangunan selain dari unit pengeluaran dibina berhampiran pintu masuk utama.
Kemudahan Cucihama
Kemudahan pencuci hama automatik disediakan di pintu masuk utama untuk cucihama sebarang kenderaan yang masuk ke kawasan ladang. Pencelup kaki disediakan di setiap pintu masuk ke unit pengeluaran.
Laluan ladang
Hanya satu laluan keluar masuk sahaja disediakan untuk mempastikan kawalan pergerakan keluar masuk ladang.
Larangan memelihara haiwan lain
Orang dan haiwan lain selain kakitangan ladang tidak digalakan memasuki kawasan ladang.Tiada ayam atau unggas lain boleh dipelihara bersama di dalam lading termasuk pekerja ladang.Anjing jika dipelihara untuk kegunaan ladang hendaklah dijaga dengan ketat dan tidak merayau ke kawasan ladang jiran.
 
Umur ternakan
Mengamalkan pemeliharaan sekali masuk sekali keluar untuk mengurangkan risiko penyakit. Jika ladang memelihara berbagai peringkat umur,pergerakan kakitangan, peralatan dan kenderaan hendaklah dari ayam muda kepada ayam tua.
Basmi Kuman
Membasmi kuman menggunakan bahan yang baik dengan kaedah yang betul membantu mengurangkan bilangan kuman di kawasan tercemar pada paras yang tidak membolehkan jangkitan berlaku.
Menukar penggunaan sesuatu jenis ubat basmi kuman selepas tempoh tertentu untuk mengelakan pembentukan kekebalan adalah digalakan.
Kemudahan lain
Mengelakkan meminjam peralatan atau kenderaan di antara reban atau ladang lain. Kakitangan digalakan memakai boot dan dicucihama sebelum dan selepas masuk reban. Raga yang digunakan untuk mengangkut ayam dibersih dan dicucihama selepas setiap kali digunakan.Reban yang memelihara ayam yang disyaki berpenyakit hendaklah dicucihama peralatan yang digunakan menggunakan ubat basmi kuman yang baik dan reban dikosongkan untuk tempoh yang lebih lama.
Pembuangan Ayam Mati
Ayam yang mati dimusnahkan segera dengan sempurna. Ayam mati disebabkan penyakit adalah satu punca penyebaran penyakit.Jika tidak dilupuskan dengan sempurna ia mungkin akan dimakan oleh kucing, anjing , haiwan-haiwan liar yang lain atau serangga.Tikus, kucing, anjing dan serangga lain yang memakan bangkai ayam ini boleh menyebabkan perebakkan penyakit di dalam ladang atau ke ladang lain. Cara memusnahkan ayam mati yang disyorkan ialah dengan membakar di dalam ‘incenerator’ untuk mengelakkan pencemaran udara.