Di Luar Lingkaran: Industri ternakan perlu
bantuan
Berita
Harian, 8 Feb 2004
Oleh Johan Jaaffar
WABAK selesema burung yang melanda China dan beberapa negara Asia Tenggara cukup menakutkan. Kesannya dapat dirasakan di negara ini. Kekhuatiran menyebabkan permintaan untuk ayam berkurang. Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa meyakinkan pengguna bahawa ayam di negara kita selamat dari wabak itu.
Dalam pada itu Kementerian Pertanian akan
melakukan pelbagai langkah mengawasi industri ayam pedaging negara ini.
Ketakutan ini (lebih bersifat psikologi sebenarnya) tentulah boleh difahami
memandangkan wabak ini sudah mulai memakan korban. Wabak ini lebih berbahaya
daripada Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) tidak lama dulu. Dunia yang hilang
sempadannya boleh memastikan pelbagai wabak penyakit merebak dengan cepat dan
tanpa kawalan.
Secara teorinya, wabak selesama burung tidak mungkin terjadi dalam sistem penternakan ayam komersial di negara ini. Penyakit ini dikatakan bermula dalam ruang sempit apabila ayam dan babi dibela sekali gus. Industri ayam secara komersial adalah dikawal di negara ini. Sistemnya bersih dan hijenik.
Industri ternakan ayam (chicken broiler industry) di negara ini adalah industri ternakan yang terbesar di Malaysia dan berkembang pesat. Hari ini, industri ayam pedaging bernilai lebih RM2.3 bilion ringgit. Industri ayam ternakan membabitkan lebih 400 juta ekor ayam.
Ada pengajaran yang penting dalam kejadian terbaru ini. Kerajaan harus membantu industri ternakan ayam tempatan. Matlamatnya ialah memastikan keluaran secukupnya bagi menampung keperluan kita. Bukan rahsia lagi, kita mengimport lebih RM12 bilion bahan makanan setahun. Kita semua tahu ternakan, sayur-sayuran, beras dan lain-lain masih belum dapat menampung keperluan tempatan.
Dasar kerajaan hari ini ialah memberi subsidi pada penanaman padi, tetapi industri pemakanan yang lain terabai. Penanam sayur menghadapi masalah tenaga pekerja, kos yang tinggi dan tanah yang semakin berkurang. Maka itu pilihan yang ada ialah memperbanyakkan penggunaan kimia di mana boleh. Ini sektor pertanian yang sangat memerlukan bantuan kerajaan.
Industri ayam pedaging pula dikenakan pelbagai regulasi. Dalam industri ini, terdapat penternak bebas (yang menjual langsung ke pasaran terbuka) dan penternak yang mengambil kontrak dari syarikat induk (integrator companies) seperti Ayamas, Leong Hup dan Sinmah. Syarikat-syarikat ini mempunyai kawalan dan proses pemantauan yang ketat. Penternak kontrak harus mematuhi pelbagai peraturan - dari spesifikasi binaan reban hingga air yang digunakan. Syarikat-syarikat ini juga mungkin mempunyai ladang ternakan mereka tetapi selalunya mereka perlu mendapat bekalan dari luar (outsourcing) untuk menampung keperluan mereka.

Biasanya penternak kontrak ini akan dibekalkan dengan anak ayam, makanan awal dan makanan pembesaran (starter and finisher) selain vaksin yang diperlukan. Piawaan yang digunakan mematuhi syarat antar bangsa. Bagi penternak yang memelihara ayam untuk jualan di pasaran terbuka, mereka juga harus patuh pada kawalan alam sekitar, Jabatan Haiwan dan lain-lain.
Tidak banyak penternak yang sanggup menjual ayam mereka di pasaran terbuka. Persaingannya cukup sengit dan harga ladang (ex-farm) boleh berubah walaupun walaupun secara teorinya harga jualan runcit dikawal oleh kerajaan. Tambahan pula, menyiapkan infrastruktur bukan mudah. Untuk memastikan ternakan ayam untuk kira-kira 64,000 ekor, kos yang terbabit sebelum anak ayam pertama masuk ke reban sudah mencecah hampir sejuta ringgit.
Pelaburan asasnya memang tinggi. Itu belum lagi kos anak ayam yang boleh berharga sampai RM1.40 seekor. Syarikat integrator biasanya menjual dengan harga 70 hingga 80 sen seekor kepada penternak kontrak. Makanan awal untuk 64,000 ekor ayam boleh mencecah RM74,000, makanan pembesaran lebih RM142,000. Harga kasar makanan ayam bagi setiap beg 50 kilogram kini lebih RM40. Untuk masa 40 hari, lebih 1700 beg makanan awal dan 3500 beg makanan untuk membesar diperlukan. Kos ubat-ubatan (disinfectant, drugs, vaccines) boleh mencecah RM12,000.
Kos berulang untuk 64,000 ekor ayam pedaging bagi satu pusingan mencecah RM280,000. Syarikat induk biasanya akan mengambil ayam yang berusia 42 hari bagi memastikan berat dan saiz yang serupa.
Bagi penternak kontrak, setelah ditolak semua kos yang ditampung oleh syarikat induk, mereka boleh mendapat di antara 80 sen dan RM1.20 bagi setiap ekor ayam hidup. Itu belum ditolak kos buruh, elektrik, gas, air dan lain-lain. Kos ternakan ayam bukan semudah yang disangka oleh banyak orang. Tenaga buruh untuk sebuah ladang ternakan bagi 64,000 ekor ayam boleh dikurangkan pada 10 orang masa kini.
Bagi penternak yang menjual ternakan mereka secara terbuka, harga jualan ladang (ex-farm) ialah RM2.70 sekilo. Berat purata ayam untuk pasaran terbuka ialah dua kilogram. Setiap kali jualan, penternak boleh memperoleh kira-kira RM336,000 (setelah mengambil kira kematian yang dianggarkan 5 peratus). Penternak juga mendapat hasil daripada najis kompos ayam yang berharga kira-kira 15 sen sekilogram. Untuk setiap pusingan "tuaian" penternak boleh mendapat tidak kurang RM18,000 dari kompos najis ayam tadi, lebih dari cukup untuk menampung kos buruh bagi setahun.
Bagi penternak yang menjual secara terbuka, risiko paling besar ialah apabila ayam tidak dapat dijual pada waktunya. Setiap hari ayam di reban akan menambah kos makanan ayam yang semakin meningkat.
Banyak syarikat yang sudah menggunakan teknologi state-of-the-art dalam penyediaan reban. Ada syarikat yang bereksperimen dengan reban yang sepenuhnya berkomputer. Sesebuah reban seperti ini membabitkan harga melebihi RM500,000. Tetapi pulangannya baik kerana kemungkinan serangan wabak penyakit amat berkurang.
Reban semakin moden hari ini. Reban komersial dikawal rapi dan hanya petugas tertentu yang dibenarkan masuk. Masuk ke reban hari ini seperti juga saintis masuk ke makmal untuk membuat ekperimen. Hari ini industri ini memastikan populasi ayam yang sesuai, hingga berapa meter persegi bagi seekor ayam. Pada waktu yang sama, operasi kawalan suhu dilakukan menggunakan kipas menarik udara (extraction fan). Selain daripada itu proses penyejukan (cooling system) menjadi ciri utama mana-mana reban moden.
Sebenarnya penternak memerlukan subsidi dari kerajaan. Penternak selalu dipersalahkan kerana harga ayam di pasaran. Dalam sistem pasaran terbuka, orang tengah sebenarnya sangat berkuasa. Kos asas untuk infrastruktur melambung akibat peraturan dan kawalan Jabatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar, dan lain-lain. Kos buruk menjadi elemen yang tidak boleh dipandang ringan.
Maka itu hanya syarikat-syarikat besar sahaja yang boleh menyediakan program Penyelidekan dan Pembangunan (R & D). Syarikat-syarikat kecil tidak mempunyai keupayaan berbuat demikian. Program R & D harus dikumpulankan (pool) bagi memanfaatkan semua pihak - terutamanya penternak kecil. Aspek ini harus diperkuat bagi memastikan keselamatan dan kualiti ternakan.
Sekiranya mana-mana penternak membuat pinjaman bank, sekurang-kurangnya tiga tahun diperlukan untuk menjelaskan pinjaman. Tetapi pelbagai faktor lain harus diambilkira. Ayam ternakan amat mudah dijangkiti penyakit. Industri ayam ternakan negara ini menganggarkan kos menjaga kesihatan ayam sebanyak 20 sen bagi seekor ayam. Penternak memerlukan bantuan pegawai veterinar dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk tujuan ini. Maka itu kawalan biosekuriti, pengawasan kelompok ayam dan langkah mengesan penyakit harus dibuat secara berterusan.
Hanya industri terkawal rapi dengan sistem penternakan moden dan canggih serta program pemantauan berterusan pihak berkuasa dapat menghindarkan wabak seperti selesama burung. Malaysia boleh dianggap maju dalam industri penternakan ayam ini. Apa yang perlu ialah untuk memastikan bantuan sewajarnya kepada penternak untuk membolehkan mereka bersaing secara kompetitif dengan negara-negara jiran. Juga untuk menentukan industri ayam negara ini boleh menjamin hasil yang boleh menampung keperluan tempatan.
Wabak terbaru ini seharusnya mengingatkan kita tentang bahaya pergantungan pada eksport bahan makanan seperti ayam.
Penulis pernah menjadi Ketua Pengarang
Kumpulan Akhbar Utusan Melayu (M) Bhd.
.bmp)

No comments:
Post a Comment