copy paste dari
http://dinarafarm.blogspot.com/2011/12/panduan-dan-teknik-menternak-ayam.html
Pengurusan Ayam Pedaging
Ternakan yang diuruskan dengan betul dengan
persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan dengan itu pengeluaran
ladang dapat dimaksimumkan. Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam
sehinggalah kepada pasaran. Pengeluaran yang maksimum memerlukan integrasi
sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan
/ minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk
tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan
mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam yang bermutu akan membesar
dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan
mencukupi. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan
minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan
dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan
sahaja dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman
pembesaran ayam.
Pengurusan
Sisa-Sisa Ladang
Sisa ladang ayam daging termasuklah
sampah-sarap , ayam yang telah mati , tahi ayam. Jika sisa-sisa ini tidak
diselenggara dengan baik sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat, selain
itu juga akan menarik minat pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama
penyakit. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna ianya boleh
menyebabkan masalah gangguan bau kepada masyarakat persekitaran dan kejadian
penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.
Lokasi Ladang
Pemilihan lokasi ladang adalah sangat
penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah -
- Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
- Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
- Jauh daripada lain-lain ladang
- Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
- Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik
Reban yang hendak dibina hendaklah
yang dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan
pekerja serta kos yang ekonomik.
- Bahan yang digunakan hendaklah bermutu , supaya kos penyenggaraan kurang , tahan , mudah dicuci dan tidak menyerap haba.
- Pokok-pokok dan infrastruktur disekeliling reban tidak menghalang peredaran udara yang sempurna diantara reban dan persekitaran.
- Rekabentuk reban memudahkan peredaran udara yang bersih yang sempurna didalam reban
- Rekabentuk reban juga hendaklah dapat membantu kecekapan pekerja melaksanakan tugas-tugas penjagaan ayam dan pembersihan sisa ladang
Penyakit akan mengurangkan
produktiviti ladang. Kos operasi akan meningkat akibat dari penggunaan ubat
rawatan , kematian , terjejas pertumbuhan dan kehilangan kualiti selepas
diproses. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian
hendaklah diambil. Penggunaan ubatan untuk rawatan perlu mematuhi spesifikasi
yang telah ditetapkan.
Vaksin serta
Ubatan
Terdapat beberapa buah syarikat yang
membekalkan ubatan dan vaksin yang diperlukan oleh industri. Hampir kebanyakan
bekalan ini diimport.
Amalan
Perladangan Yang Baik dan Optimis
Penerapan amalan perladangan yang baik
bermula dari peringkat perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan
pengurusan harian ladang akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif
, kos diminimumkan , pengeluaran dimaksimumkan , persekitaran dan hasilan yang
bermutu dihasilkan.. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna ,
meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang
berdayamaju.
Teknologi
Beberapa teknologi baru telah
diperkenalkan didalam pengeluaran ayam daging. Penggunaan teknologi-teknologi
ini membantu menjimatkan penggunaan tenaga pekerja , meningkatkan output ladang
dan kecekapan kawalan penyakit.
·
Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan
persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara. Kos
pelaburan adalah lebih tinggi kerana menyediakan kemudahan untuk penyejukan
reban dan kawalan persekitaran serta kos elektrik . Namun begitu ayam memerlukan
ruang lantai yang lebih kecil . Maka itu lebih banyak ayam boleh dipelihara.
Selain itu perumahan tertutup juga membantu didalam kecekapan pengawalan
penyakit terutama penyakit bawaan burung dan haiwan liar. Antara kaedah yang
digunakan sekarang adalah seperti 'evaporative cooling system' dan 'tunnel
ventilation'. Perumahan seperti ini memerlukan kemahiran untuk mengurus dan
menyenggaranya.
·
Penggunaan teknologi automasi juga telah diterapkan didalam didalam
pemberian makanan , minuman , pemvaksinan dan beberapa operasi lagi.
Peralatan
Ladang
Peralatan -peralatan pemeliharaan
seperti bekas makanan, minuman dan raga ayam dihasilkan oleh kilang-kilang
tempatan. Bagaimanapun teknologi moden peralatan diatas dan beberapa peralatan
lain seperti alat pengeraman dan penetasan diimport. Ada beberapa syarikat
tempatan yang menjadi pengedar kepada peralatan yang diimport.
PEMASARAN
AYAM DAGING
Ayam daging dipasarkan sebagai ayam
hidup , ayam sembelih bersih , pelbagai keratan dan produk sedia untuk dimasak
atau dimakan. Lebih dari 80 peratus ayam daging dipasar dalam bentuk ayam hidup
kepasar-pasar basah. Antara 15 hingga 20 peratus dihantar untuk disembelih
diloji-loji penyembelihan yang kemudiannya dijual semula sebagai ayam siang
bersih , keratan ayam dan setengah syarikat menggunakannya untuk diproses
menjadi produk.
- Pasaran Tempatan
Daripada
keseluruhan bekalan daging ayam kira-kira 85 peratus dipasarkan dalam negeri.
Daging ayam dipasarkan dalam bentuk daging ayam segar kepasaran basah , melalui
rangkaian pasaran sejuk seperti pasaraya atau terus kepada pelanggan seperti
hotel dan restoran. Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai pasaran yang luas dan
loji penyembelihan , pusat-pusat perkhidmatan diwujudkan. Bekalan dari loji
penyembelihan akan dihantar dan disimpan dipusat ini sebelum ianya dibekal
kepada peruncit diseluruh negara.
a.
Pengangkutan

- Mengurangkan tekanan haba adalah penting dalam pengangkutan ayam. Anak ayam yang terdedah kepada tekanan kepanasan semasa diangkut kepada pelanggan akan menyebabkan kematian yang tinggi, terjejas pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli pada masa ini kebanyakannya dibuat menggunakan 'closed ventilated truck'. Penghantaran jarak jauh biasanya dibuat pada waktu malam.
- Penghantaran ayam dewasa dibuat menggunakan lori yang diubahsuai supaya ventilasi yang baik disediakan kepada ayam-ayam yang diangkut. Penghantaran jarak jauh biasanya dibuat diwaktu malam.
- Daging ayam akan cepat mengalami kerosakan jika terdedah kepada kepanasan yang tinggi. Daging ayam hendaklah diangkut dalam keadaan sejuk menggunakan 'refrigerated truck'.
b.
Kenderaan
- Bagi pengangkutan anak ayam , kenderaan disediakan sendiri oleh syarikat atau ada juga yang membeli perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat lain mengikut syarat dan spesifikasi ditentukan.
Bagi ayam dewasa perkhidmatan pengangkutan disediakan sendiri oleh penternak , pemborong atau syarikat lain yang mengikat kontrak perkhidmatan pengangkutan. Kadar bayaran dikenakan adalah berdasarkan bilangan ekor dan jarak antara ladang dan pelanggan.
No comments:
Post a Comment