PANDUAN MENANAM ULAM RAJA
PENGENALAN
Ulam raja terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk dibuat ulam atau kerabu. Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik. Pokok ulam raja tersebar melalui hembusan angin. Benih-benih dari sekuntum bunganya tersebar apabila dihembus angin. Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi,lembut dan kecil. Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembap atau tempat takungan air. Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.
PENYEDIAAN TANAH
Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.
MENANAM
Semai biji benih dalam kotak/tapak semaian yang mengandungi tanah subur.Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan. Tanam denagn jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil. Bubuh baja tahi ayam/tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok. Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15
boleh digunakan jika perlu.
PERHATIAN
Ulam raja boleh didapati di pasar (di gerai orang Melayu) dengan harga RM 0.50 – RM 1.00 seikat.
Apabila pokoknya telah tua elok ditanam semula.Ia juga boleh ditanam untuk mengawal pertumbuhan lalang. Pokok ulam raja yang sering dijakikan ulam-ulaman dalam hidangan. Tumbuhan ini juga sangat dikenali sebagai tumbuhan herba yang berkhasiat. Ia sering ditanam di halaman rumah dan sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan.
KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA
Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif.Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.
PENUAIAN
Di Ladang
Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara RM 4 – RM 6 /kg. Dalam Pasu dan Bekas Anggaran hasil ialah 0.5 kg
sepokok.
No comments:
Post a Comment