KEDUDUKAN LADANG
Ciri-ciri yang baik didalam
memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :
- Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampongan.
- Jauh dari ladang unggas yang lain.
- Mempunyai hubungana jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input dan output.
- Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.
- Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.
Perumahan bagi penternakan
puyuh penelur mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan keselamatan dari
pemangsa. Puyuh amat sensitif keatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal
terpulang kepada sais penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus
dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.
- Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.
- Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.
- Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.
- Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja.
- Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistem peralatan yang digunakan.
- Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium.
- Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung atau pemangsa.
- Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenangan pengurusan.
- Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.
Pengurusan
Penternakan Sistem Pengurusan

Peringkat
Perindukan
Jika menjalankan sistem
pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar
adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam
satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan
penyakit yang baik.
Dalam sistem pemeliharaan
diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 – 14 hari dipelihara dalam
sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak
1000-1200 ekor anak puyuh penelur boleh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas
kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari
bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas
hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter.
Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal
ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa
kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam
bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52
sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap
adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan
minuman diberi tanpa had.
Bagi pemeliharaan menggunakan
kotak khas tentukan penempatan anak puyuh tidak bersesak. Kadar kematian yang
tinggi sering berlaku semasa perindukan disebabkan kesesakan dan kesejukan.
Gunakan keluasan lantai 167 sentimeter persegi untuk sekor puyuh sehingga
berumur 5 minggu. Anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 – 14 hari. Lantai
kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis ‘corrugated paper’. Ini
adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan
plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari
lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak
berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 100 ekor anak puyuh. Bangsal
hendaklah ditutup semasa perindukan dengan ‘polyethelene sheets’. Peralatan
makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.
Peringkat
Pembesaran

Bagi sistem pemeliharaan
didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau
guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas
hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan
dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk
pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk
kemudahan pemberian makanan. Satu petak seluas 1 meter persegi boleh membesarkan
sehingga 50 ekor puyuh penelur. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu
bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak
pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga berumur 35 hari.
Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh
ditempatkan didalam satu ketak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.
Setelah tamat tempoh
pembesaran, puyuh betina akan dipilih dan dipindahkan kebangsal pengeluaran.
Pada peringkat umur 21 hari keatas jantina puyuh boleh dikenal mengikut warna
bulu didada. Puyuh jantan dikenali dengan warna coklat ( cinnamon ) dibulu
bahgian dada dan leher. Puyuh betina kelihatan sama seperti jantan kecuali bulu
bahgian dada dan leher berbintik hitam. Puyuh jantan tidak diperlukan dan dijual
atau diproses untuk dijual sebagai puyuh proses.
Puyuh betina akan mula
bertelur apabila berumur 42 hari keatas. Telur-telur permulaan adalah bersais
kecil. Sais telur membesar mengikut umur. Masa bertelur adalah disebelah petang.
Sebanyak 75 % telur diperolehi dari waktu 4 – 7 petang dan sebakinya pada waktu
malam. Pungutan telur lebih baik dijalankan semasa malam kerana masih segar.
Jika tidak, maka kutipan boleh diadakan diwaktu pagi. Gunakan bekas khas untuk
telur puyuh semasa pungutan. Jangan gunakan bakul untuk kutipan telur. Telur
puyuh mudah retak tetapi susah untuk pecah. Telur-telur puyuh hendaklah disimpan
didalam bilik dingin dengan kelembapan yang tinggi. Untuk telur yang segar,
telur puyuh hendakalah dijual dengan segera.

Disepanjang pemeliharaan
puyuh penelur, puyuh-puyuh yang mati perlu dikeluarkan dan dimusnahkan setiap
hari. Makanan dan air diberi setiap hari. Sistem pemberian air menggunakan cawan
atau puting ( peralatan ayam ) boleh digunakan untuk pemberian air. Puting atau
cawan air ditempatkan dibelakang sangkar. Pemberian makanan menggunakan palong
khas dan ditempatkan didepan sangkar. Pemberian makanan dan pungutan telur
secara otomatik boleh dilaksanakan. Pembekal peralatan ternakan ayam ada
membekalkan peralatan tersebut.
Pengurusan Alam
Sekitar
Pengusaha puyuh penelur
dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan
peneternakan puyuh penelur. Tentukan najis-najis dibangsal pengeluaran sentiasa
dibersihi untuk menggelakan berbau busuk atau pembiakan lalat. Pengurusan najis
yang sempurna dapat merendahkan masalah tersebut. Najis-najis dibegkan kedalam
guni dan boleh dijual sebagai baja.
Kesihatan
Puyuh pada kebiasaannya
mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti
penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit
puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis.
Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan ‘flighty behaviour’ dan
pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama
kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan
Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh
dari masa ke semasa.
Pembersihan
Bangsal
Setelah tamat pemeliharaan
sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini
adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus
penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah
seperti berikut :
- Keluarkan sampah sarap lama/najis
- Keluarkan dan cuci peralatan makanan
- Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik.
- Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal.
- Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan ‘High pressure sprayer’ amat digalakan.
- Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal.
Pembesaran
Bagi sistem pemeliharaan
diatas sampah sarap, selepas sahaja perindukan, kepongan dibuka dan puyuh
dibiarkan membesar diatas lantai sampah sarap. Sampah sarap setebal 7.62-12.7
sentimeter perlu diberikan di kawasan pemeliharaan. Gunakan bekas minuman
otomatik kepada puyuh. Tentukan paras bekas minuman rendah dan dapat diminum
oleh semua puyuh. Paras air didalam takongan bekas minuman otomatik perlu juga
keparas yang dapat diminum oleh puyuh. Bekas minuman perlu dicuci selalu.
Pemberian air bersih hendaklah diberikan untuk menjaga kesihatan puyuh. Bekas
makanan gantung digunakan selepas perindukan dengan kadar satu bekas untuk
sekurangnya 200 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidak perlu penuh kerana
jumlah tabongan makanan didalamnya adalah besar. Adalah penting makanan yang
segar diberi setiap hari. Gantungkan bekas makanan keparas yang dapat dimakan
puyuh.
Bagi pemeliharaan didalam
kotak khas, selepas perindukan, tutupan diatas kotak perlu dibuka. Alas kertas
hendaklah dibuang dan puyuh dipelihara diatas lantai kotak. Air minuman
disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air untuk 100 ekor (satu petak).
Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian
makanan.
Pengurusan
Lain
Puyuh yang mati perlu
dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari ternakan lain
dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan orang yang tidak berkenaan ke dalam
bangsal.
Membenteras penyakit yang
paling berkesan adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan kawasan dan bangsal
perlu sentiasa diberi tumpuan. Jika berlaku penyakit, pengusaha dinasihatkan
untuk berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk
mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikut
kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan termasuk
‘withdrawal period’ sebelum puyuh diproses.
Kutipan
Telur
Telur hendaklah dikutip
setiap hari. Gunakan bekas telur khas untuk telur puyuh. Asingkan telur bersih
dari telur kotor,retak dan pecah. Kebersihan perlu dijaga untuk kesemua
peralatan yang terlibat dengan telur. Pengendalian telur dengan cermat
mengelakkan berlakunya kerosakan telur yang merugikan.
Telur-telur puyuh hendaklah
disimpan didalam bilik khas yang dingin dengan kelembapan yang tinggi. Mutu
telur akan berkurangan dengan setiap hari ianya disimpan. Penjualan segera
menentukan kualiti telur yang tinggi. Bilik simpanan telur hendaklah sentiasa
berada dalam keadaan bersih. Telur-telur yang pecah,retak dan kotor disimpan
dibilik berasingan atau dimusnahkan.
Penjualan
Telur
Telur-telur puyuh dijual
tanpa gred. Justeru itu tiada pengredan diperlukan dan telur-telur boleh dijual
terus. Gunakan ‘packing’ yang sesuai untuk menarik minat pembeli. Semasa
penghantaran telur, elakkan dari pengendalian yang kasar untuk mengelakkan
berlakunya telur pecah. Jangan ditindih bekas-bekas telur keparas yang tinggi.
Jika boleh jangan lebih 12 tray telur.
Pemasaran
Telur p
uyuh banyak dijual di pasar , pasar malam dan pasar
tani. Sebahgian pasaraya telah mula menjual komoditi ini. Pengambilan telur
puyuh oleh rakyat negara ini masih ditahap yang rendah. Pengguna banyak
menganggap bahawa telur puyuh mengandungi kolesterol yang tinggi. Kandungan
kolesterol didalam 4 biji telur puyuh bersamaan dengan sebiji telur ayam. Jumlah
pengambilan telur puyuh berpotensi tinggi kerana pengguna biasanya memakan lebih
dari satu biji dalam satu masa. Dengan pendedahan yang luas penggunaan telur
puyuh akan mendapat tempat di selera pengguna
No comments:
Post a Comment